Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 8, 2025 @ 10:10am

XTRA XSTAR 2025: Minggu Terakhir Sebelum Penyertaan Awal Ditutup, Jom Rebut Peluang Emas Jadi Artis Rakaman Baharu!

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum penyertaan awal XTRA XSTAR 2025 ditutup pada 15 September 2025, sekaligus menjadi peluang terakhir untuk bakat nyanyian baharu menonjolkan diri dan berpeluang bergelar artis rakaman!

Musim terdahulu telah membuktikan kehebatan platform digital ini apabila melahirkan Zahra sebagai juara sulung. Gadis berusia 19 tahun itu kini mencatat langkah besar dalam kerjaya profesionalnya dengan pelancaran single debut, Janjiku Padamu, ciptaan Amsyar Sabri dan Emeer Bakri. Kejayaan Zahra menjadi bukti nyata bahawa bakat digital mampu mencorak masa depan dalam industri muzik.

Menurut Pengurus Kempen XTRA XSTAR 2025 merangkap Ketua Pengarang XTRA, Muhammad Kamaruddin Mohd Razal, musim baharu ini diyakini mampu mencetuskan impak lebih besar berbanding sebelumnya.

“Musim pertama XTRA XSTAR membuktikan bakat boleh lahir daripada ruang digital semata-mata. Zahra bermula dengan busking sebelum menghantar video nyanyian, dan akhirnya berjaya menjadi juara. Kini, dia sudah bergelar artis rakaman dengan single pertamanya. Melihat kejayaan itu, kami yakin musim kedua juga akan melahirkan lebih ramai bintang baharu,” katanya.

Untuk musim 2025, penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira usia dan bangsa. Seramai 20 peserta bertuah akan dipilih ke peringkat seterusnya sebelum melalui proses undian peminat di portal XTRA, manakala hanya lima terbaik akan mara ke pentas akhir.

Pusingan akhir bakal berlangsung secara langsung di Studio Balai Berita Bangsar, Media Prima Berhad, dengan siaran serentak di TikTok rasmi XTRA. Juara bukan sahaja akan menerima kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents, malah turut diberi liputan meluas di pelbagai platform Media Prima.

Cara sertai XTRA XSTAR 2025 (sebelum 15 September 2025):

  1. Rakam video nyanyian di TikTok.

  2. Tetapkan akaun kepada umum.

  3. Gunakan hashtag #XTRAXSTAR2025 dan tag @xtra_my.

  4. Pastikan tidak berada di bawah kontrak syarikat rakaman atau pengurusan.

Selain gelaran juara dan kontrak rakaman, pemenang XTRA XSTAR 2025 juga akan menikmati liputan media meluas termasuk sesi temu bual eksklusif dan peluang muncul di rancangan hiburan popular.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my/xtraxstar2025
atau ikuti XTRA di TikTok, Instagram, Facebook, X dan Threads menerusi @xtra_my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Netizen Berang Acah Jadi Mangsa Keadaan – “Macam Dia Yang Tersakiti”

Dalam perkahwinan tiada siapa yang inginkan perpisahan 🥺 Kesian pada anak-anak.. Apapun, min doakan semoga dipermudahkan semuanya.

Featured Tue, 22 Jul 2025

Dr Amalina Tolak Mitos Minum Air Sejuk Lepas Bersalin Bikin Rahim Jatuh -“Medically, Itu Tak Betul!”

Tidak ada bukti saintifik yang kata air sejuk bahaya untuk ibu lepas bersalin..

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

‘Netizen…Tolonglah’- Haqiem Rusli Nak Pesan Ni!

Kalau tak tahu…jangan buat apa-apa kenyataan dan menuduh saya!

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Trending Tue, 25 Feb 2020
Featured Tue, 29 Nov 2022
Trending Thu, 12 Apr 2018

Tiada Alasan Tak Pergi Mengundi, 9 Mei Diisytihar Cuti Umum

Tarikh 9 Mei Diisytihar Sebagai Cuti Umum Di Malaysia. Apa lagi semua, moh balik ke kawasan masing-masing. Jangan lupa mengundi!

Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Amelia Henderson Dedah Pernah Hilang Rakan Baik Gara-Gara Bukan Dari Keluarga Kaya  – “Saya Nampak Siapa Ikhlas Berkawan Dan…”

Mesti kawan Amelia tu menyesal kan sekarang? 🤪🤪 Syukurlah dihindari kawan yang seperti ini fuhhh

error: Content is protected !!