Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 11, 2025 @ 6:26pm

“Tak Boleh Berjuang Ikut Sumud Flotilla, Kita Berjuang Dengan Doa” – Alif Satar Ajak Masyarakat Kembali Jaga Solat Subuh

Penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar mengajak orang ramai agar kembali menjaga solat Subuh sebagai salah satu cara ‘berjuang’.

Menerusi perkongsian di Threads, Alif atau nama lengkapnya, Muhammad Alif Mohd Satar, 34, berkata,  meskipun tidak terlibat secara langsung mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Nusantara (GSF) namun, masyarakat boleh memberikan pertolongan menerusi doa yang tidak putus.

“To my brothers, mana yang dah lama kantoi atau lama tak subuh berjemaah di masjid. Jom start balik esok subuh?

“Mintak tolong juga the ladies, bagi support to your husbands and sons. Ada hari memang liat skit, tapi bila isteri bagi encouragement, semangat kami.

“Tak boleh naik Sumud Flotilla? Kita support dengan doa during subuh berjemaah,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Alif kelihatan memuat naik petikan hadis dari riwayat Tirmidzi mengenai doa.

“Nabi SAW bersabda, tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tidak ada yang dapat menambah umur kecuali kebaikan- riwayat Tirmidzi,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Alif sekali gus memuji tindakannya menggunakan media sosial sebagai landasan untuk memberikan peringatan kepada masyarakat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 May 2021

Tengku Hassanal Sumbang Elaun DiRaja Selama 3 Bulan Buat Rakyat Palestin

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dak???

Trending Mon, 10 Sep 2018

Pengecualian SST Untuk Rokok Dan Warung Kecil

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata selepas menerima pelbagai maklum balas daripada para peniaga kedai makanan dan minuman, pengecualian cukai SST ini harus diberikan kepada sewaan warung-warung kecil dalam perkarangan kedai.

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Zalfa Zin Memilih Watak?

Mungkin juga kerana wajah nampak seperti sombong…

Trending Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Thu, 15 Feb 2024
error: Content is protected !!