Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 11, 2025 @ 2:54pm

Anjur Bachelorette Usrah, Ika Nabella Tegur Netizen Bitter – “Korang Sebenarnya Nak Kawan Macam Betty Kan?”

Perkongsian tular meraikan perkahwinan rakan baik merangkap rakan usrah yang juga penyanyi Amira Othman sebelum ini mendapat respons kurang senang dalam kalangan warganet.

Menerusi beberapa hantaran di Threads, terdapat segelintir individu yang mempersoalkan panggilan ‘Bachelorette Usrah’ yang digunakan penyanyi, Betty Rahmad sempena meraikan bakal raja sehari itu.

Enggan berdiam diri, pelakon Ika Nabella yang juga antara rakan usrah yang aktif dalam pengajian bersama Betty dan Amira tampil memberikan respons.

Kata Ika, mereka yang mempersoalkan pengguna perkataan tersebut disifatkan sebagai ‘bitter’.

Jelasnya, isu itu tidak seharusnya timbul memandangkan intipati majlis tersebut adalah menuntut ilmu sambil meraikan hari bahagia rakan usrah.

Tidak habis disitu, Ika juga kelihatan sempat memberikan pesanan sarkastik kepada golongan yang dilihat kurang senang dengan panggilan tersebut.

“Sorry babes, tetapi komen yang kurang baik hanya terdengar bitter. Gabungan perkataan pula jadi isu.

“Isi majlis kan lebih bermakna. Seperti, adakah anda pasti anda tidak akan menikmatinya jika teman wanita anda melemparkan anda pesta bujang Islam? Anda mendapat yang terbaik dari kedua-dua dunia dengan usrah pra-kahwin dengan gadis-gadis anda dan sesi ikatan intim. Melainkan sudah tentu anda tidak mempunyai rakan baik/perempuan… kalau itu, saya faham,” katanya.

Dalam pada itu, Ika menjelaskan, Betty dan Salima adalah rakan yang sentiasa mengingatkan mereka untuk hadir ke kelas usrah.

Oleh itu, dia bersyukur kerana dikurniakan  rakan-rakan yang bukan sahaja mengambil berat mengenai kehidupan peribadi tetapi juga rakan yang sentiasa mahu bersama-sama menuju kebaikan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Nov 2025

Fazziq Muqris Sah Bergelar Suami Sharifah Areeqa Dengan Hanya Sekali Lafaz

Fazziq Muqris akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan hanya sekali lafaz

Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Giliran Anak Amar, Amyra Ada Program TV Sendiri

Kini giliran anak pasangan selebriti Amar Baharin-Amyra Rosli pula! Comel habis baby depa tau.

Hiburan Tue, 9 Aug 2022
Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Kisah Viral Wed, 20 May 2020
Trending Sat, 6 Jan 2018

Kanak-Kanak 9 Tahun Ditemui Mati DiPatuk Ular Tedung

Prapawee Prawat ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh neneknya, Lung Chu

Hiburan Thu, 7 Nov 2019
error: Content is protected !!