Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2025 @ 2:17pm

“I Am Work In Progress, Bukanlah Malaikat” – Nabila Razali Backup Rakan Rai ‘Bachelorette Usrah’

Penyanyi Nabila Razali seakan meluahkan perasaanya apabila isu ‘Bachelorette Usrah’ menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Meskipun tidak mengulas secara lanjut, namun Nabila atau nama lengkapnya, Nur Nabila Mohd Razali, 32, seolah-olah terkesan dengan kata-kata sindirin yang ditujukan buat rakannya, Amira Othman dan Betty Rahmad.

Malah, menerusi perkongsian beberapa foto tular, Nabila merupakan salah seorang daripada mereka yang terlibat dalam majlis ‘Bachelorette Usrah’ bagi meraikan bakal raja sehari itu.

Meluahkan rasa pelik, pelantun lagu Peluang Kedua itu berkata, tiada salahnya meraikan hari bahagia rakan-rakannya asalkan semuanay berasa gembira selain dapat menimba ilmu dalam majlis berkenaan.

“I am work in progress. Bukanlah malaikat.

“Tapi pelik bila orang kata buat Bachelorette ada usrah. Bagi saya, kenapa tidak? Asalkan happy dan dapat ilmu sekali. Itu lagi manis,”katanya.

Nabila berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di platfrom Threads miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons pada hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang berharap agar penyanyi itu mengabaikan komen-komen negatif yang ditinggalkan netizen menerusi kenyataan yang dimuat naik.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jun 2025

Penyanyi Rap Ditahan Seludup 86 Kilogram Dadah

Sebanyak 103 bungkusan ditemui oleh pihak berkuasa Laos.

Hiburan Fri, 26 Oct 2018
Featured Thu, 5 Jul 2018

Anda Rasa Gemuk Itu Hodoh? Bagi Suku Kaum Mauritania Berbadan Gempal Paling Cun!

Jika anda menganggap rupa paras menawan, kulit yang bersih, bertubuh sasa, langsing dan tinggi lampai, itu sebagai cantik dan tampan, bagi suku kaum di sesetengah negara pula adalah sebaliknya

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Atikah Suhaime Bakal Bergelar Datin?

Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Alhamdulillah! Jodoh masih kuat! Semoga berbahagia FK & DD

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Cincin Tunang Punya Pasal, Bieber Sanggup ‘Turun Padang’

Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya. Untung Hailey Baldwin dapat tunang yang super romantik!

error: Content is protected !!