Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 14, 2025 @ 5:55am

Aina Abdul Dedikasikan Kemenangan, Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih – “Setiap Insan Dalam Kerjaya Seni Ini Sedikit Sebanyak Dapat…”

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM 24) menjadi saksi momen menarik apabila dua nama besar industri, Aina Abdul dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, saling merakamkan penghargaan antara satu sama lain di atas pentas berprestij itu.

Ketika diumumkan sebagai pemenang Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu, Aina tidak melupakan sosok yang menjadi sumber inspirasinya sejak awal perjalanan seni.

Penyanyi bersuara lantang itu menzahirkan penghargaan khusus buat empat finalis lain kategori terbabit, terutama sekali Siti yang diakui sebagai idolanya sejak kecil.

“Saya juga ingin tujukan anugerah ini kepada penyanyi-penyanyi dalam kategori ini, terutamanya kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. I have to give credit when it’s due.

“Kalau tidak kerana menonton beliau di kaca televisyen dahulu, mungkin saya takkan jadi penyanyi juga,” kata Aina sebaik menerima trofi tersebut.

Ketika ditemui di belakang pentas, Biduanita Negara turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat Aina yang turut memenangi kategori Lagu Terbaik di AIM 24.

“Terima kasih Aina kerana acknowledged untuk saya juga di atas anugerah yang dimenanginya. Bagi saya, memang kalau tak ada yang lama tak ada yang baru. Takkan kita berada di sini.

“Setiap insan dalam kerjaya seni ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi. Macam saya katakan dahulu, kak Ziana Zain, Datuk Aisyah dan ramai lagi yang saya suka.

“Harapnya kita semua dalam industri ni dapat bersatu sebab, industri kita ni kecil sahaja dan bukan besar yang penting kita dapat memberi semula kepada industri,” kata Siti.

Dalam pada itu, Siti menganggap AIM sebagai pentas penting yang menjadi nadi penanda aras prestasi muzik tanah air, bukan sahaja untuk artis yang berada di hadapan pentas, malah juga penggiat seni di belakang tabir.

“AIM 24 ini adalah nadi kepada industri muzik kita. Sebab dari situ orang akan nilai prestasi muzik kita termasuklah lagu-lagu yang dicipta, termasuklah kepada anak-anak seni yang berada di belakang tabir, yang kurang popular. Mereka bekerja keras, tak tidur malam, jadi mereka ni harus diiktiraf,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: AIM 24: “Anugerah Sri Wirama Pengiktirafan Terbesar Saya Dalam Kerjaya Seni” – Siti Nurhaliza

Terdahulu, Siti yang menerima pengiktirafan utama di malam AIM 24, Anugerah Sri Wirama menyifatkan trofi terbabit sebagai anugerah yang paling besar dalam kerjayanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Feb 2018

PANAS! SAJAT DEDAH IDENTITI SEBENAR

Mohd Izwan telah mendakwa dihalang oleh pihak ketiga daripada pihak Sajat untuk meneruskan laporan tentang siasatan bagi mengesahkan identiti sebenar beliau

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Adi Putra Nikah Semula Lagi?

peminat Adi Putra apabila pelakon berkenaan telah melangsungkan pernikahan semula bersama bekas isterinya, Aida Yusof pada tarikh 18 Januari 2018. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Adi dan juga Aida di laman Instagram mereka.   “Syukur […]

Hiburan Sat, 12 May 2018

Aik…Anak Shuib Minta Ibu Baru?

Untungnya sebab boleh minta ibu baru jadi macam mana Shuib?

Events Wed, 15 Jan 2020

Ayie Floor 88 Rebah Ketika Buat Persembahan?

Semoga cepat sembuh ye Ayie!

LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

Jangan Tahan Kentut Ini Sebabnya..

Kentut yang senyap di panggil silent killer dan ada pula yang kentut macam machine gun. Cuma nak tanya ada ke yang suka tahan kentut

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

#ASK2018 : Drama Manakah Bakal Menjulang Drama Terbaik 2018?

Saksikan malam berprestij ASK2018 sebentar lagi!

error: Content is protected !!