Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 15, 2025 @ 6:59pm

Tanggal Tudung Undang Kecaman, Anak Nora Ariffin Respons: “Lebih Ramai Orang Mengata, Lebih Menambah Pahala Saya”

Penyanyi Putri Dahlia, 21 tampil memberikan respons selepas menerima kecaman susulan tindakannya untuk tampil dengan imej baharu iaitu ‘free hair’.

Sudah tidak lagi memakai tudung di kepada, anak kepada penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin dan komposer tersohor, Allahyarham Johan Nawawi yang kini mahu dikenali sebagai Dahlia itu berkongsi perkara terbabit menerusi ruangan Instagram Story.

“Lebih ramai orang mengata, lebih menambah pahala saya. Amin,” tulis pelantun Old Love itu.

Pada Sabtu lalu, Dahlia mengejutkan ramai apabila hadir ke acara umum tanpa mengenakan hijab buat pertama kali ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-24.

Bercakap kepada XTRA, Dahlia menjelaskan keputusannya itu adalah berdasarkan pilihan peribadi, bukan kerana mahu mencetuskan kontroversi.

@xtra_my Dahlia dah buat keputusan… Mesti dia dah fikir masak-masak bila nak buka tudung kan… Kita doakan yang terbaik untuk Dahlia, anak kepada Datuk Nora Ariffin 🤲🏻❤️ #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

ARTIKEL: “Saya Pakai Tudung, Tapi Hati Saya Kosong” – Anak Nora Ariffin Kini ‘Free Hair’, Mahu Dikenali Sebagai Dahlia

Menurutnya lagi, langkah tersebut diambil sebagai permulaan perjalanan baharu untuk memahami agama dengan lebih mendalam.

Untuk makluman, Putri Dahlia merupakan anak kepada Nora dan Allahyarham Johan Nawawi yang mendirikan rumah tangga pada 1992. Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Jun 2020
Hiburan Fri, 6 Jan 2023

Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Selamat pengantin baharu, Syamsul & Ira.

Featured Mon, 21 Aug 2023
Hiburan Wed, 29 Nov 2017

Bukan Mahu Tagih Simpati Apabila Elyana Dedah Sakit

Walaupun ada yang kata Elyana meminta simpati tetapi ada juga yang memberi sokongan dan dorangan untuknya.

Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Fri, 27 Aug 2021

Penyanyi Filipina Clara Benin Tampil Dengan Single Suara Hati

Penyanyi Filipina, Clara Benin telah melancarkan lagu terbaru berjudul Suara Hati. Lagu ini adalah terjemahan daripada single asal nyanyiannya sendiri, Tila dalam Bahasa Filipina yang dilancarkan pada tahun 2015. Sebagai inisiatif OFFMUTE dalam mengukuhkan nama […]

Hiburan Wed, 20 Aug 2025

Anak Dharma Harun Sangkal Dakwaan Tumpang Nama Bapa Untuk Dapatkan Tawaran Lakonan

Syafiq tak tumpang nama bapa, Dharma Harun Al-Rashid.

error: Content is protected !!