Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin September 15, 2025 @ 7:10pm

Bukan Sekadar Pempengaruh Popular TikTok, Pinn Yang Mudahkan Kehidupan Rakyat Malaysia Dalam Dunia Digital

Dalam dunia digital yang semakin berkembang pesat, nama Pinn Yang bukan lagi asing di kalangan pengguna media sosial tempatan. Berbekalkan karisma dan keperibadian yang mudah didekati, dia bukan sahaja dikenali sebagai pempengaruh popular di TikTok, malah turut mengukir jejak sebagai usahawan teknologi yang berwawasan.

Di sebalik konten santai yang sering tular di platform sosial, Pinn Yang sebenarnya membawa misi lebih besar untuk membina ekosistem digital Malaysia yang inklusif. Visi itu lahir daripada keyakinan bahawa teknologi harus berfungsi untuk memudahkan hidup orang ramai.

Kecemerlangan Pinn Yang juga terbukti apabila dia mendapat pelbagai pengiktirafan, termasuk meraih trofi TikTok Shop Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2024, selain aktif menyalurkan sumbangan kepada masyarakat. Dedikasi sebegini menjadikan sosoknya sebagai contoh bagaimana seorang pempengaruh boleh melangkaui dunia hiburan untuk memberi kesan positif yang lebih luas.

Lebih mengagumkan, kejayaan Pinn Yang tidak datang semata-mata daripada media sosial. Dia turut meneroka pelbagai cabang, dari gaya hidup hingga kewangan, dengan matlamat memberikan solusi digital praktikal untuk rakyat Malaysia.

Menurut Pinn Yang yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie Media itu, misinya jelas. Dia mahu menyediakan akses teknologi yang mudah, relevan dan mesra pengguna untuk rakyat Malaysia.

“Kami percaya setiap rakyat Malaysia berhak menikmati akses digital yang mudah, mesra pengguna, dan relevan dengan kehidupan mereka. Sebab itu, dari Foodie hingga Goie, setiap platform yang kami bangunkan mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memberi nilai sebenar kepada masyarakat,” katanya.

Antara platform yang dibangunkan termasuk Foodie, PenangFoodie, KLFoodie.com, JohorFoodie, Kalculator, Rezeki, Goldprice, VisitMalaysia, Goie dan banyak lagi. Setiap satunya menyentuh aspek gaya hidup, kewangan, pelancongan, ibadah, hiburan dan motivasi.

“Ekosistem digital Malaysia semakin matang, dan kami bangga menjadi sebahagian daripada transformasi ini,” tambah Pinn Yang.

Kewujudan 20 platform ini menandakan masyarakat semakin selesa dengan solusi tempatan yang praktikal dan membentuk gaya hidup digital baharu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Sep 2018

Adakah Kafein Menyebabkan Ketagihan?

Adakah anda ketagih kafein?

Featured Sun, 10 Jun 2018
Featured Wed, 12 Feb 2020

Datuk Faridah Hanim Haron, The Real Iron Lady

Bangkit memperjuangkan misi mengukuhkan ekonomi negara

Gaya Hidup Fri, 2 Mar 2018

18 Anak Selebriti Barat Yang Mirip Seperti Ibu Bapa Mereka, No. 14 Memang Sebiji!

Ada anak-anak artis yang ikuti jejak langkah mereka untuk menceburi bidang seni. Tapi ada juga anak-anak artis yang ikut rupa mereka, sampai nampak macam adik beradik! Yang macam kembar pun ada!

Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
Featured Wed, 8 May 2019
Featured Thu, 27 Sep 2018

Bayangkan Kediaman Mewah Setinggi 27 Tingkat Hanya Didiami Oleh 5 Beranak, Tak Takut Ke?

Kediaman mengagumkan itu dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang dan mempunyai 600 kakitangan, terletak di selatan Mumbai, India

Featured Mon, 26 Feb 2018

Jangan Pakai Bra Ketika Tidur, Nanti Buruk Natijahnya!

Namun, tahukah anda, memakai bra dalam satu jangka masa yang lama boleh memberi efek negatif pada kesihatan badan.

error: Content is protected !!