Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 17, 2025 @ 4:07pm

“Dia Sangat Baik, Bukan Buat-Buat” – Hafreez Adam Imbau Dilayan Mesra Aktres Wanita Popular, Netizen Petik Nama Fazura

Pelakon, Hafreez Adam berkongsi pengalaman manis ketika mula menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran selepas tamat program realiti Hero Remaja, apabila dilayan mesra oleh seorang aktres popular.

Kata Hafreez, ketika itu dia hanya diberikan watak kecil, namun sikap rendah diri heroin drama terbabit meninggalkan kesan mendalam buat dirinya sehingga kini.

“Hari pertama datang set, kru produksi maklumkan ada bilik menunggu berasingan antara pelakon tambahan dan pelakon utama. Saya diarahkan masuk ke bilik artis utama walaupun ketika itu hanya pegang watak kecil.

“Kebetulan saya tak sihat, selsema teruk. Masa kru umumkan pizza sampai, saya hanya terkebil sebab segan. Rupa-rupanya heroin drama itu yang belanja semua orang,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Menurut Hafreez, pelakon wanita berkenaan tidak hanya menghargai kru dengan makanan, malah turut mengajaknya menjamah pizza walaupun dia belum dikenali ramai.

“Saya cuba elak sebab takut orang lain berjangkit. Tapi dia datang sendiri hulurkan pizza sambil berkata ‘at least a slice’. Masa itu saya betul-betul terkejut kerana seorang pelakon besar boleh layan saya sebegitu,” ujarnya.

Tambah Hafreez, meskipun tidak berkongsi sebarang babak dengan pelakon itu, sikap sopan santun dan keramahan wanita terbabit cukup membuatkan dirinya kagum.

“Selepas beberapa bulan, kami terserempak di majlis anugerah. Saya terkejut bila dia kata masih ingat saya walaupun hanya jumpa sekali di set. Dia selalu beri vibes positif dan cakap perkara baik setiap kali bertemu,” katanya.

Perkongsian Hafreez itu segera mencetuskan tanda tanya netizen yang mula membuat spekulasi mengenai identiti pelakon wanita dimaksudkan.

Rata-rata warganet meneka individu berkenaan ialah aktres jelita Fazura, selepas meneliti drama pertama lakonan Hafreez sebaik keluar daripada Hero Remaja.

 

View on Threads

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Aug 2024
Featured Fri, 24 Jan 2025
Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Ernie Zakri Buka ‘Surat Hati’ Buat 600 Peminat.. Showcase Paling Intim & Sarat Emosi!

Acara eksklusif ‘A Letter From Ernie Zakri’ yang berlangsung di Stage 1, PJPAC, Sabtu lalu anjuran SAH Entertainment bersama Universal Music Malaysia benar-benar menghadirkan suasana penuh magis. Lebih 600 peminat membanjiri dewan untuk meraikan perjalanan […]

Events Mon, 2 Dec 2019
Featured Fri, 25 Nov 2022

Ketua Negara Pertama Ucap Tahniah… Anwar Ibrahim Diberi Penghormatan Presiden Indonesia, Joko Widodo

Teka-teki siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan mandat untuk menyandang jawatan itu. Sehubungan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo merupakan ketua negara pertama yang menghubungi Anwar bagi menzahirkan […]

Hiburan Wed, 8 Aug 2018
error: Content is protected !!