Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 21, 2025 @ 12:29pm

Malam 3 Suara! Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito Bakal Gegar Malaysia 14 Disember Ini

Idea Live Arena bakal menjadi saksi kepada sebuah konsert eksklusif pada 14 Disember depan apabila tiga bintang muzik Indonesia iaitu Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito berkongsi pentas buat pertama kali di Malaysia.

Konsert anjuran Strategy X Entertainment Sdn. Bhd. ini diberi judul Malam 3 Suara dan dijangka menarik ribuan penonton.

Persembahan lebih dua jam itu bakal membawa peminat menghayati sebuah perjalanan muzik penuh emosi, menggabungkan tiga identiti vokal yang berbeza tetapi saling melengkapi.

Wakil penganjur berkata konsert ini direka bukan sahaja sebagai hiburan, tetapi sebuah pengalaman seni yang menyentuh jiwa.

“Setiap penyanyi membawa kekuatan tersendiri. Anggi Marito dengan kelembutan vokalnya, Fabio Asher dengan balada penuh perasaan, manakala Rizky Febian hadir dengan pesona dan gaya pentas yang bertenaga. Apabila digabungkan, lahir harmoni yang indah untuk penonton,” kata wakil Strategy X Entertainment.

Penganjur menambah bahawa Malam 3 Suara menampilkan konsep penceritaan melalui muzik, membawa penonton menyelami kisah cinta, rindu, harapan dan kebersamaan.

“Inilah tujuan konsert ini, meraikan kekuatan tiga suara, tiga jiwa dan satu cerita dalam sebuah malam istimewa,” katanya.

Konsert akan dibahagikan kepada beberapa segmen termasuk persembahan solo setiap artis, nyanyian duet serta kolaborasi khas yang hanya boleh disaksikan pada malam itu. Lebih 20 lagu popular bakal dipersembahkan, dipilih bagi memastikan penonton benar-benar merasai perjalanan emosi seperti yang dihasratkan penganjur.

Rizky Febian turut berkongsi keterujaannya untuk kembali ke Kuala Lumpur.

“Saya gembira kerana berpeluang bertemu semula peminat Malaysia. Malam itu saya ingin berkongsi muzik dengan lebih dekat dan mencipta kenangan indah bersama semua,” katanya.

Konsert Malam 3 Suara bakal berlangsung pada 14 Disember 2025 (Ahad), bermula jam 8.00 malam di Idea Live Arena, Kuala Lumpur. Persembahan istimewa ini menawarkan pelbagai kategori tiket mengikut aras tempat duduk.

Untuk kategori Ground Floor, tiket dijual pada harga RM448 bagi zon Malam Rawan, RM388 untuk Hingga Tua Bersama, RM298 untuk Rumah Singgah, RM228 untuk Cara Mencintaimu, dan RM188 bagi zon Tak Segampang Itu.

Sementara itu, bagi kategori Upper Floor, tiket berharga RM338 untuk zon Kesempurnaan Cinta, RM288 bagi Bertahan Terluka, RM268 untuk Tanpa Rasa Bersalah, manakala zon Makna Cinta ditawarkan pada harga RM318.

Harga yang dinyatakan tidak termasuk caj pemprosesan. Tiket mula dijual pada 12 September 2025 melalui laman rasmi www.ticket2u.com.my/malam3suara
.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Oct 2021

Ejen Ali Musim 3 Usahasama Penerbitan Julung Primeworks Studios, Wau Animation & Disney+ Hotstar

Bersiap sedia Ejen, kami menerima intel terkini untuk misi seterusnya, Ejen Ali Musim 3 akan menemui anda semua di skrin terdekat tidak lama lagi! Primeworks Studios, sebuah anak syarikat penerbitan kandungan Media Prima dan WAU […]

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

刘家昌915最后一次来马开唱

华语乐坛75岁「音乐教父」刘家昌睽违12年再度莅临马来西亚开唱!这除了是他首次于马来西亚举办万人演唱会,也将是最后一次在马来西亚以演唱会的形式与歌迷做音乐的交流。

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Akhirnya! Pasangan Paling ‘Tertutup’, Deepika- Ranveer Dah Ada Tarikh Kahwin

Dengan restu keluarga, kami gembira untuk berkongsi tarikh perkahwinan telah ditetapkan pada 14 dan 15 November ini.

Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Jamal Abdillah Perkenalkan Isteri Terbaru

11 bulan menyimpan tentang perkahwinannya dan hari ini berkongsi berita dengan para media, siapakah suri didalam hatinya

Featured Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Sun, 1 Sep 2019

大马歌手「马来犀鸟」刘思延登《声林2》红椅!萧敬腾放话:期待抓到她缺点

《声林之王2》日前播出第二集,来自马来西亚的暖声新人Suzanne刘思延势如破竹,以改编偶像周杰伦的《彩虹》惊艳全场,成功获得评审导师们的青睐。

Hiburan Sat, 6 Dec 2025

“Soalan Mengenai Kehamilan Agak Sensitif, Saya Sendiri Takut Nak Tanya Orang Lain” – Amira Othman

Amira Othman memahami soalan itu sudah menjadi kebiasaan, lagi-lagi statusnya sebagai seorang selebriti. Tapi, dia sendiri berhati-hati untuk bertanya soalan sedemikian kepada orang lain.

error: Content is protected !!