Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 28, 2018 @ 10:41am

Umie Aida Bagi ‘Green Light’ Suami Kahwin Lagi Satu?

Berkahwin lebih daripada satu adalah kehidupan yang menjadi impian kebanyakan lelaki, tetapi tidak bagi wanita terutama apabila tahu diri mereka telah dimadukan.

Bagi aktres terkenal, Datin Seri Umie Aida, lain pula ceritanya. Menerusi posting terbaharu di laman Instagram, beliau dikatakan rela bermadu.

Kapsyen pelakon filem Embum itu menyifatkan dirinya bukan isteri yang sempurna. Sudah tentu ramai yang membacanya berfikir bagaimanakah ‘poligami’ ini mampu menjadi indah baginya?

“Pagi ni me bangun tido.. tetiba me cakap kat abg.. jgn buat perkara tak elok, kalau nak terus kahwin. Me izinkan.

“Terkejut beruk abg.. dia ckp me merepek! Me ckp me tahu me bukan isteri yg sempurna. Hmm.. entahlah.. kenapa & mengapa me bole ckp begitu. Tapi YES.. me izinkan,” luahnya.

Bagaimanapun Umie menerusi status yang dimuat naik di laman Instagramnya itu menyatakan suaminya, Datuk Seri Kharudin Abu Hassan menganggap apa yang diperkatakan itu sebagai sesuatu yang merepek.

Terdahulu, Umie dan pasangannya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendirikan rumah tangga pada Mac 2010.

Pasangan ini membesarkan dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Hiburan Sat, 4 May 2024
Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Selepas Sekian Lama, Akhirnya Saya Terbuka Hati Untuk…” – Nabila Huda Pilih Yang Tak Klise

Pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda mengakui dia kini memilih untuk membintangi drama rantaian yang mempunyai genre serta skrip bersesuaian. Bakal muncul dengan naskhah Terlerai Noktah, drama rantaian terbabit akan mula bersiaran jam 10 malam […]

error: Content is protected !!