Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 26, 2024 @ 3:19pm

Tiada Gunung Yang Terlalu Tinggi… Viral Di TikTok Hingga Ke Indonesia, Asmidar Terkejut Lagu 12 Tahun Lalu Kembali Jadi Siulan 

Siapa sangka lagu yang pernah dihasilkan sekitar 12 tahun lalu kini kembali tular sekali gus menjadi fenomena di media sosial. Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka buat penyanyi, Asmidar Ahmad.

Bercakap kepada XTRA. Asmidar akui dia tidak menyangka lagu Biar Sampai Ke Bintang nyanyiannya kembali menghantui ramai terutamanya di platform TikTok.

“Sebenarnya bila saya tahu lagu itu tular, saya terkejut sebab saya tak tahu lagu itu sudah tular kerana saya sibuk berniaga ketika itu.

“Orang selalu cakap lagu saya sering muncul di For Your Page (FYP), jadi saya anggap ia perkara biasa bila orang guna lagu tersebut sebagai lagu latar.

“Bila ramai juga yang ‘tag’ saya di setiap posting mereka, baru saya tahu lagu saya dah tular. Saya cuma tak sangka kenapa lagu ini kembali tular,” katanya ketika dihubungi.

Lebih mengejutkan, Asmidar turut terharu apabila lagu ciptaan penyanyi dan komposer terkenal, Ajai itu berjaya menembus sehingga ke Indonesia dan kini menjadi siulan di sana.

“Bila orang Indonesia pula maklum pada saya yang lagu itu dah popular di sana, itu buatkan saya teramat terkejut.

“Saya tak jangka fenomena itu sehingga ke negara seberang, saya terima banyak mesej daripada orang Indonesia.

“Mereka doakan karier saya semakin berkembang, jadi itu buatkan saya terkejut dan terharu.

“Ada juga yang ingat saya orang Indonesia, bila ada sosial media perkara yang saya rasa sangat mustahil berlaku pada saya, Alhamdulillah ” ujarnya teruja.

Dalam pada itu, Asmidar yang pernah menjuarai program nyanyian Vokal Bukan Sekadar Rupa 2011 itu tidak berkecil hati masih ramai tidak mengenali dirinya dalam industri biarpun lebih sedekad mencipta nama.

“Itu bukan satu perkara yang mengejutkan saya kerana suatu masa dahulu pun orang kenal saya melalui satu lagu saja iaitu Biar Sampai Ke Bintang.

“Kemudian saya akui karier nyanyian saya agak suram dan saya rasa ini adalah peluang kedua buat saya.

“Saya anggap ia sebuah perjalanan yang mencabar dan ia asam garam dalam kerjaya saya,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu hits Kali Pertama itu lagi, dia juga tidak mahu memikirkan tanggapan sesetengah pihak yang menggelarkannya sebagai artis yang dipandang rendah ataupun ‘underrated’.

Sebaliknya, mahu berkarya tanpa sebarang pengharapan atau sanjungan daripada mana-mana pihak.

“Itu bukan tugas saya untuk meletakkan diri saya di posisi tersebut. Apa yang saya lakukan adalah untuk berkarya dan menyanyi kepada mereka yang sudi mendengar.

“Underrated atau pun tidak, itu bukan posisi saya. Selagi mana saya gembira dengan apa yang saya hasilkan, dan orang dapat nikmatinya saya sudah bersyukur.

“Saya tak mahu hasilkan sesuatu itu demi mengharapkan penghargaan daripada sesiapa sebaliknya inilah jiwa dan ilham saya,” tutupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 7 Jun 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Minit Akhir Nostalgia Ramadan di 10 Binjai PNB Perdana On The Park

Nak rasa masakan seolah air tangan ibu? Nah inilah tempat paling ideal buat anda mengimbau kenangan indah menu berbuka ala desa!

Trending Thu, 19 Dec 2019

Comelnya gaun Katy Perry ni, jangan tak tahu ia jenama pereka tempatan!

Khoon Hooi terkenal dengan rekaan praktikal, moden dan sofistikated!

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

POKEMON I CHOOSE YOU MALAYSIA!

Kali ini, Pokemon bakal menemui peminatnya di Malaysia! Kedatangan figura ini adalah bagi meraikan siri televisyen popular itu yang telah berusia 20 tahun.

Trending Wed, 15 Jul 2020

Malaysia Catat 4 Lagi Kes Covid-19

Terus amalkan kebersihan dan kawalan kendiri !

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Hidup Mewah Hasil Duit Haram, Erma Fatima Sindir Siapa?

Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan?

Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Bangunkan Aplikasi Go Eat, Fikry Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

Tahniah Fikry, semoga Go Eat terus sukses!

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
error: Content is protected !!