Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 22, 2025 @ 11:34am

Suhu Cecah 40 Darjah, Abby Abadi Disahkan Kena Influenza

Selepas memberi persembahan penuh tenaga dalam konsert Elite Live in Kuala Lumpur di Plenary Hall, Sabtu lalu, pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi akhirnya rebah dan dikejarkan ke hospital.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mengakui dirinya sudah tidak sihat sejak sehari sebelum konsert, namun tetap menggagahkan diri demi peminat meskipun disahkan dijangkiti virus influenza.

“Balik saja daripada sesi latihan, badan terus rasa tak sedap. Esok paginya masa latihan terakhir, dah mula rasa lain macam. Tekak sakit, selsema pun datang. Tapi saya kuatkan semangat juga sebab konsert ni terlalu penting,” katanya.

Lebih mengejutkan, suhu badan bekas isteri pelakon Norman Hakim itu mencecah 40 darjah Celsius sewaktu konsert berlangsung, menyebabkan dia hilang fokus dan semakin lemah di atas pentas.

“Saya betul-betul minta maaf kepada semua rakan-rakan Elite, X Factor dan peminat yang datang. Buat masa ni saya nak berehat dulu selepas semuanya selesai,” katanya lagi.

Berita tersebut meraih perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat agar Abby segera sembuh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Oct 2023

Adam Lee, Sweet Qismina Saling Mempercayai… Tidak Risau Diganggu Penyondol

Adam jangan buat hal tau! Semoga kekal ke Jannah ❤️😍

Hiburan Sat, 25 Apr 2026
Trending Tue, 23 Jun 2020

Sekolah Boleh Ubahsuai Keperluan Asalkan Patuh SOP

Buat pihak sekolah dan guru-guru.

Hiburan Fri, 14 Jun 2024

Han Byul Bertemu Jodoh Di Malaysia

Oppa Han ada lagu baru lah!!!!

Trending Sun, 10 May 2020
Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Tak Nak Keluar Rumah Sebab Gemuk, Ini Cara Kilafairy Selesai Masalah!

Fuh, tapi kalau tengok sekarang…memang lain dah kan? Apa rahsia Kila eh?

Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Nadzmi Adhwa Jawab Dakwaan Dah Bercerai

Nadzmi Adhwa akui bimbang dengan penyakit ain antara punca privasi tentang rumah tangga

error: Content is protected !!