Euforia Bola 2026
Featured By: Padin September 22, 2025 @ 7:33pm

MyGameOn & SAYS Tech Bergabung Anjur ‘Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session’

MyGameOn bersama SAYS Tech bakal menganjurkan sebuah acara komuniti gaming santai yang diberi nama Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session pada Sabtu, 27 September 2025.

Program yang berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang di ATO Gaming Café, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ini terbuka untuk semua dan kemasukan adalah percuma.

Acara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Rileks Je, Takyah Toksik, iaitu usaha bersama yang memberi fokus terhadap isu buli siber serta kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kalangan komuniti gaming tempatan. Dengan menghimpunkan gamer, pencipta kandungan, keluarga serta peminat, penganjur mahu mewujudkan suasana digital yang lebih mesra, selamat dan inklusif.

Pengunjung yang hadir boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk goodie bag eksklusif daripada MyGameOn dan SAYS Tech, sesi perkongsian santai bersama individu industri e-sukan Malaysia, perlawanan fun match Mobile Legends: Bang Bang, serta cabutan bertuah dengan hadiah istimewa. ATO Gaming Café juga akan dipenuhi dengan pelbagai pilihan hiburan seperti arked, konsol, permainan mudah alih, boardgame dan tabletop.

“Kami percaya gaming patut jadi ruang yang selamat dan inklusif. Melalui Rileks Je, Takyah Toksik, kami mahu tunjuk bahawa keseronokan, persaingan sihat, dan komuniti boleh berkembang tanpa toksik,” kata Hazril Md Nor selaku Editor MyGameOn.

Acara ini terbuka kepada semua, tidak kira sama ada anda seorang gamer, pencipta kandungan, cosplayer, atau sekadar ingin melepak bersama rakan. Penganjur menjanjikan suasana santai yang penuh dengan kemeriahan untuk semua lapisan pengunjung.

Acara Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session akan berlangsung pada hari Sabtu, 27 September 2025 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang di ATO Gaming Café, TTDI.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran RSVP, orang ramai boleh melayari laman sesawang mygameon.my/takyahtoksik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Featured Mon, 8 Aug 2022

Pengurus Ditangkap Akibat Kes Dadah, Bunga Citra Lestari Umum Teruskan Konsert Di Singapura

Betul kata BCL. Moga ia jadi pelajaran dan pengalaman dalam kehidupan☹

Featured Wed, 12 Jun 2019

Peminat Harry Potter kini boleh bergaya dengan kasut Vans bertemakan Hogwarts!

Tonjolkan minat anda menerusi fesyen ‘cool’ ini!

Featured Wed, 23 Feb 2022
Hiburan Mon, 10 Jun 2019
Featured Fri, 30 Aug 2024
Featured Tue, 5 Jul 2022

[VIDEO] “Siapa Ira Kaza To You?” – Masih Sayang Puteri Sarah, Soalan Cepumas Pak Nil Buat Syamsul Yusof Terdiam

Orang kata, diam adalah jawapan yang paling kuat 🥺 Min doakan semoga Puteri Sarah terus kuat! Moga masjid yang mereka bina akan selamat.

error: Content is protected !!