Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 24, 2025 @ 12:57pm

“Tak Sabar Nak Jumpa Arwah Akiko, Bila Agaknya Allah Nak Panggil”- Kongsi Keadaan Kubur, Ridzokumura Luah Rasa Sebak

‘Kadang aku merasa lemah dan ingin menyerah di dunia ini tetapi aku memohon kepada-Mu agar Engkau memberi aku kekuatan untuk terus berjalannya hidup’, demikian luahan usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura menerusi hantaran di platform media sosial miliknya.

Kata Ridzokumura, dia seringkali merasa lemah dan ingin menyerah namun, dia memohon agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan apatah lagi selepas kehilangan isteri tersayang, Allahyarham Akiko Okumura pada 27 Februari lalu.

“Ya Allah, kadang-kadang aku merasa lemah dan ingin menyerah di dunia ini, tetapi aku memohon kepada-Mu agar Engkau memberi aku kekuatan untuk terus berjalannya hidup.

“Semoga Akiko ditempatkan di sisi-Mu yang terbaik. Rinduku padanya kekal abadi, semoga suatu hari kita dipertemukan kembali dalam rahmat-Mu,” katanya.

Perkata itu dikongsi Ridzokumura menerusi hantaran yang dimuat naik di platfrom Threads miliknya.

Manakala, dalam hantaran sama juga, Ridzokumura sempat berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan keadaan kubur yang telah di gali beserta kapsyen meruntun hati.

“Tak sabar nak jumpa arwah Akiko. Bila lah Allah nak panggil,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

 

View on Threads

 

Sekadar info, Akiko dilaporkan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui setakat ini, namun polis akan membuat siasatan secara keseluruhan termasuk dari sudut kriminologi.

Jenazah Akiko selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 5 Dec 2018

5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat

Ini antara ciri-ciri akaun facebook anda boleh disekat.

Featured Thu, 28 Aug 2025

Siti Hariesa Nafi ‘Anak Emas’ TV3 – “Ini Adalah Rezeki Saya”

Katanya, tidak wujud dakwaan sebegitu kerana dia juga bermula daripada program pencarian DFKL 2019.

Featured Mon, 9 May 2022
Trending Wed, 19 Dec 2018

BTS Nak Datang Malaysia Tak Lama Lagi. Yeay!

Mesti anda rasa tak sabar kan?

Hiburan Thu, 9 Nov 2017

#BEST WISHES MAWARAF

Menggunakan hashtag #mawaraf, Raf Yaakob dan Mawar Rashid telah diraikan oleh keluarga terdekat semasa majlis bersiram dan berinai yang telah dijalankan disalah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

‘ Cari Pelakon Baru Yang Boleh Berlakon, Jangan Menyusahkan Semua’ Shukri Yahaya Sindir Siapa?

Uish…marah betul ni. Sabar jap! Tapi betul juga apa yang Shukri tulis, teknik lakonan harus padu, pandai cari kamera. Untuk individu dimaksudkan itu, lain kali jangan buat lagi yer?

Trending Sat, 12 Dec 2020
Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Terus Cetus Fenomena, Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 21 Juta Kutipan Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

Hasil kutipan Filem Blood Brothers: Bara Naga dipercayai bakal mengatasi filem Sheriff

error: Content is protected !!