Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 24, 2025 @ 3:55pm

Sheila Majid Catat Sejarah, Tampil Dengan Album Vinyl Eksklusif Sempena 40 Tahun Dalam Industri

Universal Music Malaysia bersama PMP Entertainment tampil dengan kejutan istimewa apabila mengumumkan pelancaran semua lapan album Datuk Sheila Majid dalam format vinyl, menjadikannya artis Malaysia pertama yang memiliki koleksi penuh seumpama ini.

Edisi terhad ini bukan sekadar meraikan ulang tahun ke-40 penyanyi lagenda itu dalam industri muzik, tetapi juga hadiah buat peminat yang membesar dengan karya-karya agung beliau.

Menurut Pengarah Kanan A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng, pelancaran vinyl ini juga diadakan bersempena Konsert Sheila Majid 40 Years in Music yang dijadual berlangsung pada 8 November 2025.

“Ramai peminat sering bertanya bila semua album Datuk Sheila Majid akan tersedia dalam format vinyl. Ini kali pertama seorang artis Malaysia memiliki kesemua album dalam format eksklusif ini. Kami harap ia dapat mengimbau nostalgia dan perjalanan seni beliau kepada para peminat,” katanya.

Limited dengan hanya 300 set vinyl

Lebih istimewa, hanya 300 set vinyl ini akan dikeluarkan, menjadikannya koleksi yang sangat eksklusif.

Pra-tempahan dibuka bermula 23 September 2025, pda jam 12 tengah hari dengan harga istimewa RM1,499, manakala harga biasa selepas itu ialah RM1,599. Vinyl ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober 2025.

Projek bersejarah ini turut mendapat kerjasama daripada EMI Music / Universal Music, Warner Music Malaysia dan Magada Entertainment Sdn Bhd.

Set penuh vinyl ini memuatkan lapan album ikonik Sheila Majid iaitu Dimensi Baru, Emosi, Warna, Legenda, Ratu, Ku Mohon, Cinta Kita dan Boneka sebuah koleksi berharga bukan sahaja untuk peminat setia, malah pencinta muzik dan pengumpul vinyl.

Untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempahan dan butiran pelancaran, ikuti laman rasmi Universal Music Malaysia di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Sat, 10 Jun 2023
Featured Mon, 16 Mar 2020

Serlahkan penampilan dengan Wirdora, pakar aksesori hijab wanita

Aksesori Kristal Swarovski untuk lelaki juga ada!

Trending Tue, 17 Mar 2020

Jangan ‘Selfish’ Sebab Covid-19, PM Janji Bekalan Makanan Mencukupi

Diharap rakyat Malaysia sentiasa bertenang dan tidak pentingkan diri sendiri

Trending Wed, 27 Jun 2018

Video of Rosmah Singing Ed Sheeran’s Perfect Going Viral

Oh, Najib also sang a couple of songs.

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Featured Wed, 27 Jul 2022

“Kesian Dia… Kalau Perlukan Khidmat Peguam Bagi Tau” – Puteri Sarah Kongsi Detik Pertama Bertemu Rossa Sera

Wanita-wanita kuat bergabung! Sweet je Sarah bagi kata-kata semangat pada Sera

Featured Wed, 20 Aug 2025
error: Content is protected !!