Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2025 @ 2:58pm

Yandy Laurens Syukur Filem Sore Wakili Indonesia Ke Oscar- “Saya Menulis Bukan Demi Pencalonan Tapi…”

Meskipun filem romantik fantasi berjudul Sore: Istri dari Masa Depan kini melakar sejarah apabila dipilih sebagai wakil rasmi Indonesia ke Anugerah Academy Oscar ke-98 dalam kategori Best International Feature Film, pengarahnya, Yandy Laurens bagaimanapun tidak meletakkan harapan tinggi.

Kata Yandy, dia gembira dan berasa senang dengan pencalonan tersebut kerana proses pemilihan itu tidak mudah memandangkan banyak lagi naskhah filem yang dihasilkan oleh negara-negara luar lain.

“Sebagai pengarah saya senang merasa dipercaya tapi memang kalau disenaraiakn dalam Oscar kan kita tahu kempennya besar apatah lagi juri mereka sahaja terdiri daripada 11,000 orang dan itu adalah kritikal strategy.

“Sebagai pengarah, saya hanya boleh bersyukur dengan hadirnya naskhah ini dan peluang yang diberikan.

“Dan kalau bercakap soal letakkan harapan itu, mengenali rakan saya yang lain mereka tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk anugerah ini kalau dapat syukur alhamdulillah.

“Tapi tidak pernah sedikit pun waktu saya menulis naskhah itu supaya boleh dicalonkan melainkan saya hanya mahu menyampaikan sesuatu,” katanya.

Yandy berkongsi perkara itu ketika ditemui usai majlis Tayangan Perdana Filem Sore: Isteri Dari Masa Depan yang diadakan di GSC, Midvalley Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jujur dalam berkarya

Dalam pada itu, Yandy yang sudah 13 tahun berkecimpung dalam industri perfileman ini tidak menganggap filem Sore adalah karya terbaiknya sebaliknya sebagai pengarah dia mengibaratkan naskhah filemnya ini sebagai ‘anak sendiri’.

“Kalau mengikut parameter jumlah penonton ini (Sore) adalah yang terbaik dan mendapat sambutan.

“Tapi apa yang saya rasakan, filem-filem saya suda saya anggap seperti ‘anak sendiri’ jadi saya tidak boleh memilih mana yang terbaik,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga terkejut dan terharu dengan sambutan yang diberikan penonton di Malaysia terhadap filem yang mengangkat tema ‘time loop’ ini.

“Saya memang terkejut apatah lagi bila orang ramai menepuk tangan dan itu buat saya terharu.

“Dan paling yang tak boleh dilupakan adalah, ada penonton yang menangis usai menonton filem ini.

“Dan, ada juga pasangan suami isteri yang sudah bercerai dan mengatakan ini adalah filem yang membuatkan mereka menilai semula keputusan cerai mereka,” ujarnya.

Sekadar info, filem Sore menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Sheila Dara, Dion Wiyoko, Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan dan Mathias Muchus, dengan jalan cerita yang menggabungkan kisah cinta dan elemen fantasi.

Filem ini juga sudah mula menemui penonton Malaysia bermula 25 September lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 16 Jul 2019

Netizen Bengang Dengan Song Hye Kyo, Harap Muka Je Cantik!

Mungkin diluar nampak bahagia, tapi dihati siapa yang tahu kan?

Featured Mon, 17 Oct 2022

“Sah Dah Ni” – Peminat ‘Broken’ Akhyar Rashid Bawa Eyka Farhana Jumpa Keluarga

Alamakkk, sabar semua 😂 Ramai betul gegirls kecewa Eyka jumpa family Akhyar ek 🤭

Trending Fri, 12 Jul 2019

A Happy Sweet 93 to the First Lady of Malaysia

She is incredible! She is admirable! She is remarkable! And she is definitely beautiful!

#SkoolXTRA Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Pengaruh Eina Azman, Netizen Mula Rajin Masuk Dapur

Tidak menyangka rakaman video masakan yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik Datin Paduka Eina Azman telah memberi pengaruh kepada ramai netizen untuk ke dapur.

Featured Tue, 17 Dec 2024

Kes Amang S*ksual, PU Azman Mengaku Bersalah… Terima Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

PU Azman diperintah menjalani kaunseling pemulihan & pengawasan polis selama 2 tahun.

Eat Travel Mon, 14 Oct 2019
error: Content is protected !!