Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 30, 2025 @ 2:00pm

Nadzmi Adhwa Tegas Isu Misi GSF Bukan Untuk Diperdebatkan – “Sedih Dengan Komen-Komen Orang Malaysia Yang …”

Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kesal apabila masih ada segelintir rakyat Malaysia yang kurang cakna terhadap isu membabitkan negara bergolak.

Menurut Nadzmi, apa sahaja isu tular termasuklah persoalan mengenai kehadiran isteri atau golongan wanita yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak wajar dijadikan bahan pertikaian.

Jelasnya, fokus utama misi ini adalah untuk menyampaikan bantuan dan sokongan kepada pihak yang memerlukan, dan bukannya mengundang perdebatan yang boleh menjejaskan usaha tersebut.

“Sedih dengan komen-komen Malaysian yang tak cakna tentang apa yang berlaku. Stop lah.

“Kita doakan yang baik sahaja untuk semua team Global Sumud Flotilla (GSF). Sangat crucial sekarang ni. Sikit lagi nak sampai ni,” katanya

Justeru, Nadzmi yang turut aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan berharap agar masyarakat lebih cakna dan memberi sokongan penuh terhadap usaha murni seperti ini.

“Senjata kita paling kuat sekarang ni adalah doa. Jom tadah tangan bersama,” kongsinya.

Manakala, menerusi hantaran terkininya di platform sama, suami kepada pelakon yang juga peserta misi GSF, Ardell Aryana itu menyeru orang ramai agar terus bersatu hati serta mendoakan agar misi kemanusiaan tersebut dipermudahkan.

Nadzmi turut menegaskan bahawa doa dan sokongan masyarakat amat penting dalam memastikan usaha yang dibawa menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) ini berjalan lancar demi membantu mereka yang memerlukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 12 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《林志炫「ONE TAKE 2.0」巡回演唱会–云顶站》入门票

#xtra好康头 送你林志炫《ONE TAKE 2.0巡回演唱会–云顶站》入门票!让你共赴一场五颗星的音乐盛宴~

Trending Tue, 9 Mar 2021
Trending Mon, 7 Sep 2020
Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Fab Foodies! Mon, 26 Nov 2018

Here are Two Places You Can Consider for Your Christmas Feast

It’ll be the perfect evening with loved ones.

Trending Wed, 1 Sep 2021

Tampil Hulur Bantuan, Jenama Susu Hijrah Derma 500 Kotak Rezeki & 50 Set Katil Hospital

Pandemik yang melanda dunia kini telah melumpuhkan semua ekonomi dan sektor kesihatan merupakan antara sektor yang paling terkesan. Keadaan ini memaksa sesetengah syarikat untuk memberhentikan pekerja mereka dan meninggalkan sebahagian besar daripada pekerja kehilangan punca […]

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

‘Amarah’ Stacy Dapat Perhatian, Taman Tema Bakal Ambil Tindakan

Selalunya saya buat tak tahu je. Hari ini isteri yang sedang urus anak-anak yang tengah meragam terdengar pula suara yang kurang enak.

Featured Mon, 29 Jan 2024

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

Panas! Agak-agak siapa pelakon wabita popular tu?🔥🔥🔥

error: Content is protected !!