Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi October 2, 2025 @ 9:26am

“Janji With Dayang” Gegar Kuala Lumpur, Dayang Nurfaizah Pukau Peminat Dengan Vokal Penuh Jiwa

Suasana di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu bertukar luar biasa apabila showcase eksklusif “Janji With Dayang” berlangsung dengan penuh gaya dan kehangatan.

Penyanyi tersohor tanah air, Dayang Nurfaizah, tampil mempesona dengan suara lunaknya yang sarat emosi sehingga membuatkan ratusan peminat terpaku sepanjang malam.

Dengan latar panorama indah kota raya yang diterangi cahaya, acara anjuran Usanita Entertainment bersama Mask Team ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi pengalaman peribadi yang menyentuh hati, seolah-olah Dayang berbicara terus dengan setiap jiwa yang hadir.

Deretan lagu popular dipersembahkan, termasuk karya daripada album terbaharunya “Janji” seperti Hakikat Cinta, Mungkin Ke?, Lemah, Aku, Akhirnya Bahagia dan Mencintai Cinta.

Malam penuh magis itu kemudian ditutup dengan lagu ikoniknya, Dayang Sayang Kamu yang bergema seiring sorakan peminat.

Pentasan dimulakan dengan persembahan bertenaga daripada Anwar Amzah dan Naki, sebelum Dayang mengambil alih dengan aura dan karisma tersendiri.

Susunan muzik segar hasil sentuhan pengarah muzik berpengalaman, Sze Wan, memberi nafas baharu pada setiap lagu tanpa mengorbankan keaslian dan jiwa karya asal.

Selepas kejayaan edisi pembuka di Pulau Pinang pada Ogos lalu, persembahan Kuala Lumpur ini menutup tirai “Janji With Dayang” dengan penuh bergaya.

Ia bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu showcase eksklusif tahun ini, malah meneguhkan lagi nama Dayang sebagai diva suara emas Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Lagu Inteam Berkumandang di Bumi Gaza

Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana. Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik […]

Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Tue, 5 Feb 2019

Comel! Dynas Kongsi Pengalaman Hamil Anak Ketiga

Auwww, mesti comel habis anak Datin Dynas ni nanti. Semoga urusan melahirkan berjalan dengan lancar!

Events Tue, 12 Mar 2019

National Geographic Earth Day Run to Combat Single-use Plastics

What better way to save the earth and get rid of single-use plastics!

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Hiburan Sat, 18 May 2019

Aizat Amdan Cipta Lagu Untuk Arwah Ayah

Aizat Amdan sedih selepas pemergian bapa tercinta pada bulan lalu masih terkesan pada dirinya.

error: Content is protected !!