Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 19, 2019 @ 12:00pm

Ambil inspirasi solekan daripada penampilan model untuk Minggu Fesyen terkini

Anda sedang mencari inspirasi untuk gaya solekan? Lihat sahaja di pentas peragaan pertunjukan fesyen antarabangsa.

Setiap edisi Minggu Fesyen pastinya meninggalkan impak kepada peminat industri fesyen global.

Bukan itu sahaja, ia juga secara tidak langsung menghasilkan berpuluh-puluh idea mengenai penampilan dan trend yang menawarkan inspirasi kepada sesiapa yang berminat.

Ternyata, Minggu Fesyen di seluruh dunia menonjolkan rekaan-rekaan yang paling kreatif, mempersonakan dan luar biasa.

Tetapi jika pekerjaan anda tidak memerlukan anda untuk bergaya seperti seorang model Minggu Fesyen, jangan risau!

Ada caranya untuk anda menterjemahkan rupa solekan Minggu Fesyen kepada variasi yang lebih sesuai dengan kehidupan seharian anda.

Gincu merah menyala, pembayang mata (eyeshadow) berwarna gangsa, bulu mata anak patung, kesimpulannya ada pelbagai jenis rupa dari musim Minggu Fesyen terbaru yang boleh disesuaikan pada bila-bila masa, mood dan majlis.

Yang menariknya, anda tak perlu meluangkan masa berjam-jam di meja solek! 

Ikuti gaya solekan di bawah yang dipamerkan di Minggu Fesyen New York, baru-baru ini.

Sayap

Foto: Victor VIRGILE/Gamma-Rapho via Getty Images

Seperti yang ditunjukkan di pertunjukan fesyen Ralph & Russo, teknik penggaris mata (eyeliner) bersayap tidak pernah keluar stail.

Garisan yang tebal di atas dan bawah garisan mata mungkin tampak terlebih untuk waktu siang. Jadi garisan atas sahaja sudah memadai.

Monokrom

Foto: VIRGILE/Gamma-Rapho via Getty Images

Model untuk jenama Cushnie ini menggunakan tona yang sama untuk kelopak mata, pipi dan bibir. Anda cuma perlu bijak mencampurkan warna dan suai padan dengan gaya solekan.

Rouge

Foto: VIRGILE/Gamma-Rapho via Getty Images

Gincu merah menyala memang menarik, tetapi anda perlu berhati-hati kerana bimbang comot apabila digayakan.

Tidak mengapa, menurut pertunjukkan fesyen jenama Oscar de la Renta, gunakan gincu jenis matte dan lapkan sedikit dengan kertas tisu.

Emas

Foto: Randy Brooke/WireImage

Ingin memakai solekan mata smokey eyes di pejabat? Pilih pembayang mata bertona gangsa keemasan seperti yang digunakan untuk pertunjukan Prabal Gurung. Lembutkan warnanya di sekeliling mata supaya sesuai untuk waktu siang dan malam.

Warna beri

Foto: Peter White/WireImage

Untuk warna bunga ros, ambil inspirasi daripada pertunjukkan jenama Rebecca Minkoff yang mana bibir model diwarnakan dengan gabungan gincu merah dan merah jambu.

Bulu mata tebal

Foto: Victor VIRGILE/Gamma-Rapho via Getty Images

Untuk pertunjukan Longchamp, modelnya menggunakan maskara tebal untuk menyerlahkan lagi rupa keseluruhan.

Sinar

Foto: Victor VIRGILE/Gamma-Rapho via Getty Images

Jika anda tidak inginkan solekan yang perlu diperbaiki selalu, anda cuma perlu gelapkan bulu kening serta mengilatkan bibir, seperti model untuk pertunjukan Naeem Khan ini. Senang sahaja!

Selamat mencuba!

Sumber: E! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018

3 Kesilapan Lazim Apabila Memilih Baju Raya Yang Orang Selalu Buat

Check jika anda tergolong sekali dan ada buat silap begini.

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019

Empat jenis sikat untuk rambut berbeza. Nombor 4 paling berguna!

Sikat penting untuk memastikan rambut tampak bermaya dan segar

Oh Lawa Tue, 14 Aug 2018

4 Manfaat Face Mist Yang Perlu Wanita Tahu

Face mist bukan sekadar air saja, ia dianggap produk yang penting dan berguna untuk semua wanita.

Oh Lawa Wed, 28 Aug 2019

5 kesalahan ketika mencuci muka

Ketahui teknik yang sepatutnya kalau nak cantik!

Featured Mon, 14 May 2018

8 Orang Yang Terlalu Obses Dengan Pembedahan Plastik Sampai Rupa Mereka Nampak Pelik

Kalau cantik, tak apalah. Ini ada yang macam rupa makhluk asing!

Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Tiada Maaf Untuk Garis Seluar Dalam, 9 Tip Fesyen Mesti Tahu

Sama ada berhijab atau tidak, garis seluar dalam yang kelihatan memang memalukan. Sebelum keluar dari rumah tak belek betul-betul ke penampilan anda di hadapan cermin?

Oh Lawa Mon, 5 Mar 2018

30 Foto Busana Artis Wanita Barat Di Acara Karpet Merah Anugerah Oscars 2018, No. 26 Macam Kain Langsir!

Acara Oscars 2018 dah tiba! Majlis anugerah meriah yang meraikan bakat-bakat dalam bidang perfileman antarabangsa sedang berlangsung sekarang di Los Angeles.

Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

5 warna yang anda akan kerap lihat dalam dunia fesyen terkini

Untuk kekal relevan, anda perlu mengikuti trend.

error: Content is protected !!