Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 2, 2025 @ 8:22pm

Himpunan #Stand4Sumud, Air Mata & Doa Rakyat Malaysia Iringi Sukarelawan Aktivis Kemanusiaan

Ribuan rakyat Malaysia ‘turun padang’ di himpunan Sumud Flotilla bagi menunjukkan tanda ‘solidariti’ terhadap sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditangkap tentera Isra**l saat kapal-kapal menuju ke Gaza di zon merah.

Perhimpunan yang berlangsung di sekitar kawasan The Linc, Kuala Lumpur bergema dengan laungan takbir, hancur Isra**l, #FreePalestine ketika berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Antara selebriti yang hadir adalah pelakon dan pelawak, Bell Ngaasri, penyanyi, Altimet, serta suami kepada selebriti Datin Heliza Helmi, iaitu Datuk Mahadi.

Keadaan bertukar menjadi lebih sayu dan ‘meremang’ apabila bacaan doa mengiringi perhimpunan #Stand4SumudFlotilla diucapkan dalam nada suara bergetar dan sebak memohon aktivis sukarelawan #GSF dilindungi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) meluahkan rasa terharu terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia petang tadi.

Difahamkan, perhimpunan ini akan berlangsung sekali lagi pada Jumaat di sekitar kawasan Tabung Haji, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Kapal ‘Free Willy’ Ditangkap, Mesej Terakhir Sukarelawan GSF, Haroqs Minta Maaf Kepada Ibu Bapa Meruntun Jiwa

Artikel Berkaitan: “Saya Pun Tak Ada Kekuatan Macam Dia” – Terima Voice Note Sebelum Dipintas Isr**l, Yusuf Bahrin Sifatkan Zizi Kirana Wanita Berani

Artikel Berkaitan: Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Aryana Dipercayai Semakin Menghampiri Gaza, Nadzmi Adhwa Doa Isteri Dilindungi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Mar 2025
Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Makin Sihat Di Rumah, Henti Sebar Berita Kematian AR Badul

Ish, terkejut warganet tau. Hal kematian jangan dibuat main wak!

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Pentas Akhir DA’I Musim Keenam, Hadiah RM 60,000 Milik Siapa?

Malam ini persoalan siapakah yang bakal bergelar Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 bakal terjawab. Pentas akhir pencarian ejen dakwah sudah tiba di kemuncaknya. Selain gelaran juara, Haziq Safwan Norazman (Da’i Haziq),Imran Mohd Zaki (Da’i […]

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba […]

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Dah Jadi Papa, Tahniah Hafiz Suip!

Tahniah buat Hafiz dan isteri. Hadiah tahun baru nampaknya

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Emma Tak Risau Dengan Gelaran Ratu…

Tak ada apa yang perlu saya risaukan sekiranya orang label saya sebagai Ratu Telenovela (memandangkan dah dua kali menang kategori sama)

Trending Mon, 26 Oct 2020
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Ibu Bapa Generasi Baharu, Lisa Sedia Membantu!

Ibu kepada dua cahayamata Yahaira Leanne dan Yusof Leonne itu berkata, dia memahami perasaan ibu bapa generasi baharu kerana dia juga menggalas tanggungjawab yang sama dan tahu cabaran yang dihadapi golongan tersebut

error: Content is protected !!