Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 2, 2025 @ 8:01pm

5 Tahun Bercinta Dengan Dul Jaelani, Tissa Biani Belum Fikir Soal Kahwin

Biarpun sudah lima tahun menyulam cinta, pelakon muda Indonesia, Tissa Biani, 23, dan kekasihnya, Dul Jaelani, 25, mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjalanan seni mereka sebelum memikirkan fasa perkahwinan.

Menurut Tissa atau nama penuhnya Tissa Biani Azzahra, dia dan Dul yang juga anak kepada pemuzik terkenal Ahmad Dhani menganggap belum tiba masanya lagi untuk mereka melangkah ke jenjang pelamin.

“Bagi saya sekarang ini memang belum tiba waktunya untuk berkahwin. Kami berdua sama-sama ingin menumpukan perhatian kepada karier dahulu,” katanya.

Menjawab persoalan sama ada faktor usia menjadi penghalang untuk dia berkahwin, Tissa menjelaskan perkara itu tidak berkaitan.

Katanya, fokus terhadap karier adalah pilihan peribadi mereka berdua.

“Usia bukanlah sebab utama. Saya dan Dul memang mahu mengutamakan karier dahulu sebelum memikirkan perkahwinan. Saya rasa tidak perlu tergesa-gesa kerana usia saya juga masih muda. Tumpuan saya ketika ini adalah kepada bidang lakonan dan muzik,” katanya kepada XTRA.

Tissa ditemui pemberita di majlis sidang media filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih di TGV KLCC pada Rabu.

Kehadiran Tissa ke Malaysia adalah bersempena tayangan filem terbaharunya itu yang mula menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 2 Oktober.

Dalam karya arahan Benni Setiawan itu, Tissa membawakan watak Intan, manakala skrip ditulis oleh pengarah dan penulis prolifik Garin Nugroho.

Mengulas tentang wataknya dalam filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih yang memaparkan kisah pasangan muda bercerai talak tiga sehingga perlu mencari ‘cina buta’, Tissa berkata naskhah itu tidak menimbulkan rasa bimbang terhadap pandangannya tentang perkahwinan.

“Filem tetap filem. Saya tidak pernah membawa cerita dari layar ke kehidupan peribadi. Bagi saya, setiap orang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza, jadi saya hanya melakonkan watak dengan profesional,” jelasnya.

Tambah Tissa lagi, pada tahap ini dia memilih untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan penting untuk masa depannya agar tidak menyesal di kemudian hari.

Selain Tissa, filem komedi drama kekeluargaan itu turut dibintangi Kevin Ardilova, Mikha Tambayong, Ibrahim Risyad dan beberapa pelakon lain. Ia diterbitkan Soex Entertainment dan edaran tayangannya di Malaysia dikendalikan Horizon Film Entertainment.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Dulu Hyper Act Kini Kristal, Vokalis Kecik Perjelas Alasan

Kalau boleh jangan bandingkan saya dengan Lan. Beri saya peluang…

Featured Tue, 1 Apr 2025
Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Mon, 19 Apr 2021

500,000 Guru Akan Diberi Keutamaan Vaksin

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar golongan pendidik akan diberi keutamaan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Beliau berkata guru-guru akan diberi keutamaan yang sama seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) […]

Trending Mon, 16 Nov 2020
Featured Tue, 11 Apr 2023
error: Content is protected !!