Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 3, 2025 @ 12:15pm

Anna Jobling Menang Outstanding Asian Star Di International Drama Awards 2025

Malam penuh bersejarah buat pelakon jelita, Anna Jobling apabila namanya diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025 yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, pada Khamis.

Lebih manis, acara gilang-gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV.

Anugerah yang dirai Anna adalah bukti kejayaan dan kehebatan bakat lakonannya yang bukan sahaja berjaya memikat hati penonton tempatan menerusi drama Hai Cinta, Dengarkanlah! malah turut menawan peminat antarabangsa.

Malah, dengan pengiktirafan itu, Anna kini layak berdiri sebaris dengan bintang-bintang Asia lain di pentas berprestij dunia.

“Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada Seoul International Drama Awards kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.

“Kemenangan ini sangat bermakna kerana ia bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk seluruh peminat, keluarga, serta pasukan produksi yang tidak pernah berhenti menyokong saya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tonton dan TV3 kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan seni saya. Trofi ini adalah kebanggaan bersama, hadiah istimewa yang saya bawa pulang untuk Malaysia,” katanya.

Sempena kemenangan tersebut, Tonton dengan sukacitanya melancarkan kod promo eksklusif  “ANNAJOBLING” yang membolehkan peminat menikmati langganan 3 bulan Tonton pada harga istimewa RM20 bermula 25 September 2025.

Dengan langganan ini, peminat bukan sahaja dapat menonton drama eksklusif atau filem terbaik, tetapi juga berpeluang menikmati Hai Cinta, Dengarkanlah! melalui koleksi khas “Koleksi Pujaan Hati” bersama drama popular Anna sebelum ini seperti Melur Untuk Firdaus, Terima Kasih Cinta dan Bella – Bila Cinta Bersatu.

Bahkan, dengan kemenangan ini Anna terus mengorak langkah ke peringkat antarabangsa sebagai bintang muda yang sedang bersinar sekali gus  berharap pencapaiannya mampu menjadi inspirasi buat generasi baharu apatah lagi  industri seni lakonan Malaysia kini semakin mendapat tempat di mata global.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 29 May 2025

Selepas 12 Tahun, Datuk Andre Goh Buat ‘Comeback’ Di Konsert Simfoni Budaya 2.0 Bersama MPO

Datuk Andre Goh, buat kemunculan istimewa dalam Konsert Simfoni Budaya 2.0

Featured Mon, 13 Mar 2023

Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Tahniah! Tan Sri Michelle Yeoh menang Oscar

TECH Wed, 12 Dec 2018

Cara Untuk Jadikan Peranti Pintar Sebagai “Speaker” PC

Sebagai langkah alternatif untuk PC yang yang rosak atau tiada pembesar suara, berikut kami kongsikan cara untuk menjadikan peranti pintar Android sebagai sebuah pembesar suara bagi PC ataupun komputer riba.

Featured Thu, 14 Jun 2018
Featured Wed, 18 Dec 2024

[VIDEO] Sentiasa Positif, Sky Iskandar Pegang Konsep 325, Rakan Baik Dedah Amal Solat Tahajjud

Rupa-rupanya Sky hampir tidak mendapat tawaran berlakon dalam Filem Kahar: Kapla High Council

Trending Tue, 24 Nov 2020
error: Content is protected !!