Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 4, 2025 @ 12:35pm

Fattah Amin Rai ‘Birthday’ Anak Dengan Tema Unicorn, Momen Amira Othman & Fatima Raih Tumpuan

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin bersama isteri tercinta, Amira Othman menyambut ulang tahun kelahiran puteri tersayang, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, sambutan hari lahir itu diadakan di pusat permainan kanak-kanak Jungle Gym dengan tema unicorn yang ceria dan penuh warna-warni.

Dalam video lain, Fattah dilihat mendukung Fatima ketika sesi memotong kek sambil ditemani Amira yang setia berada di sisinya.

Majlis itu bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat bagi meraikan detik istimewa Fatima.

Video tersebut turut merakam momen manis Amira menyampaikan hadiah buat anak tirinya itu, sekali gus mencuri perhatian ramai dengan kemesraan hubungan mereka.

@famesevents

Fatima’s Birthday Celebration 🦄✨ #fattahamin #amiraothman #birthdaygirl #birthday

♬ Pretty Little Baby – The Lyrics Connection

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September lalu.

Sebelum itu, Fattah pernah berkahwin dengan pelakon dan usahawan, Nur Fazura, namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun bersama.

Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Sep 2021
Featured Fri, 11 Nov 2022

Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Haa tu dia, jangan percaya terus apa yang kita nampak ok! Akaun TikTok Syamsul tu fake 🥵

Featured Thu, 21 Mar 2024
Featured Mon, 13 Oct 2025

“Saya Mudah Tergoda Dengan Lelaki Yang Bijak & Berilmu”- Namron

Pelakon, pengarah dan aktivis teater, Namron menyorot perhatian ramai selepas berkongsi hantaran menerusi platfrom media sosial miliknya  baru-baru ini.

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Sukar Bernafas, Zizan Razak Dikejarkan Ke Hospital

Semoga cepat sembuh, Zizan Razak!

Hiburan Tue, 6 May 2025
Featured Wed, 19 Mar 2025

Gagal Tahan Sebak, Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Abang Viva… Enggan  Buka Aib – “Saya Hargai Dia”

Kata Eva, dia dan abang Viva atau nama penuhnya, Azwan Omar tidak bermusuh apatah lagi mahu membuka aib-aib masing-masing di media sosial.

error: Content is protected !!