Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 5, 2025 @ 4:04pm

“Mereka Layan Kami Seperti Binatang, Tak Diberi Makanan & Air Bersih” – Hazwani Helmi

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Hazwani Helmi yang merupakan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) menceritakan pengalaman pahitnya ditahan Angkatan Tentera Israel (IDF) ketika dalam pelayaran menuju Gaza.

Selamat tiba di Istanbul, Turkiye pada jam 8.40 malam semalam, Hazwani yang berada di dalam kapal Hio bersama kakaknya, penyanyi Heliza Helmi mendedahkan momen terbabit kepada agensi berita Al Jazeera.

“Ia memang teruk. Apa yang boleh saya katakan, mereka (tentera Israel) layan kami seperti binatang. Kami tidak diberi makanan dan minuman bersih,” katanya.

Hazwani turut menjelaskan bahawa semua ubat-ubatan dan barangan peribadi mereka dirampas termasuk beg serta dokumen penting.

“Sampai sekarang kami masih belum dapat semula barangan kami. Dunia perlu tahu kekejaman mereka,” katanya lagi.

Dalam perkongsian sama, Hazwani turut menceritakan nasib aktivis alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, yang juga menyertai misi tersebut dan menerima layanan tidak berperikemanusiaan.

“Saya teringat bagaimana mereka menyeretnya (Greta) dengan kasar dan menekap bendera Israel di wajahnya. Mereka melayannya seperti binatang,” dedah Hazwani.

Menurut laporan media antarabangsa, Thunberg, 22, masih berada dalam tahanan tentera Israel. Kerajaan Sweden dilaporkan sedang berusaha melalui saluran undang-undang untuk membawanya pulang.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan seramai 23 sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi GSF kini berada di Istanbul. Mereka dilaporkan menerima pemeriksaan kesihatan serta sokongan psikologi penuh daripada pihak berkuasa Turkiye.

Kumpulan tersebut diterbangkan menggunakan pesawat khas kerajaan Turkiye TK6921 dari Lapangan Terbang Ramon, Israel, dan dijangka pulang ke tanah air sama ada malam ini atau esok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jun 2022

“Dulu Tengok Orang Naik…” – Rezeki Lepas Kahwin, Usop Akhirnya Dapat Beli Kereta Mercedes

Usop akhirnya dapat memiliki kereta idamannya, Mercedes-Benz AMG.

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Biar Betul Jihan Muse Caras Janna Nick?

Jihan Muse sebagai rakan pengacara Ajak, pastinya Jihan mampu mencuri perhatian penonton dengan lawak dan sikapnya yang kelakar.

Featured Sun, 12 Sep 2021
Featured Mon, 22 May 2023
Trending Mon, 15 Oct 2018
Featured Thu, 24 Jul 2025

Wanita Fitnah Ubai ‘Biawak Hidup’ Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Ada Niat Nak Aib Atau Sakiti Mereka”

Wanita yang dikenali sebagai Wana itu mengakui kesal dengan perbuatan yang telah dilakukannya.

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

张敬轩427登云顶开唱!冧歌「轩」动人心

时隔三年,张敬轩4月27日再登云顶开唱,让大马乐迷感受「轩式」情歌的魔力!

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Pergh…Tiket AJL 33 Licin Dalam Masa Sejam?

Korang dah dapatkan ke belum? Kalau belum, cepat- cepat beli di www.myticket.asia tau!

Hiburan Tue, 5 Feb 2019
error: Content is protected !!