Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 6, 2025 @ 4:36pm

“Saya Dib*gelkan 3 Kali” – PU Rahmat Kongsi Pengalaman Ditahan Isr**l, Sifatkan Penceroboh Sebagai Bangsa ‘Penakut’

Pengalaman para aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan penderaan meskipun hanya ditahan selama beberapa hari cukup membuka mata dunia terhadap kekejaman yang dilakukan pihak penceroboh.

Menerusi perkongsian tular di platform Threads, Pendakwah bebas, PU Rahmat menyorot perhatian ramai apabila berkongsi pengalamannya ketika berada dalam tahanan pihak Isr**l.

Katanya, dia dibogelkan sebanyak tiga kali iaitu semasa proses pemintasan kapal, imigrasi dan ketika berada didalam penjara.

Jelasnya, perbuatan itu dilakukan kerana pasukan tentera berkenaan berasa takut seandaianya terdapat sebarang senjata yang disembunyikan dibadannya.

“Pertamanya bila mana tentera haram ni masuk dalam kapal kita, kita perhatikan yang mereka ini sebenarnya pergerakan mereka tidak kemas, maksud saya walaupun kita bukan tentera tapi kita nampak mereka pun sangat berhati-hati atau sangat ketakutan.

“Yang kedua, mereka takut dengan kita. Saya sendiri tiga kali kena bogel dan saya tidak malu untuk cakap benda ni kerana saya percaya kita semua lahir dalam keadaan bogel dan mati nanti pun kita dalam keadaan bogel.

“Tiga kali saya dibogelkan hanya kerana dia takut ada senjata pada badan saya. Pertama, dekat dalam kapal. Kedua, dekat imigresen dan ketiga dekat dalam penjara. Tiga kali saya dibogelkan,” katanya.

Dalam pada itu, PU Rahmat juga mengakui telah dikejutkan ketika sedang tidur semata-mata pihak penceroboh inginkan jawapan mengenai tentera H***s.

“Malam kedua saya dipenjara saya dikejutkan. Saya seorang sahaja pada masa tu macam-macam mereka tanya saya pasal H*m*s. Tapi saya bergurau yang saya kenal adalah humus sahaja. Lepastu, dia tanya Ikhwanul Muslimin?

“Ketakutan mereka ni memang sangat melampau sehinggakan Ben Gvir dia provok kami tapi kita lawan balik dengan laungkan ‘Free Palestine’. Tapi sebab tak nak kalah, dia provok kata kami pembun*h anak-anak yah*di. Tapi kita balas balik dekat dia yang dia sebenarnya pemb*nuh anak-anak Palestin. Lepastu dia lari.

“Apa yang boleh saya katakan mereka penuh dengan ketakutan. Daripada tentera dia penuh ketakutan, imigresen dia penuh dengan alat senjata, perisikan dia takut dengan kita macam-macam.

“Jadi mereka ini adalah satu bangsa yang penuh dengan ketakutan. Ketakutan dengan diri sendiri sebab apa? Sebab mereka tahu mereka salah,” jelasnya.

 

View on Threads

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

HyunA Posts Cute Pictures of Date with E’Dawn in Japan

They look like any cute couple in love.

Hiburan Thu, 23 Jan 2025
Trending Wed, 2 Sep 2020
Featured Sat, 1 Mar 2025

Semakin Galak Tinggalkan Komen Di Instagram… Aliff Aziz Selamba Bagi Pickup Line Pada Ruhainies!

Lama mendiamkam diri, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian.

Hiburan Sat, 13 Dec 2025

“Apa Pun Berlaku, Dia Tetap Ibu Saya” – Anna Jobling Pilih Berdamai

Anna Joblinh dan ibunya dilihat berpelukan di karpet merah ABPBH37

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

‘Cepat Pulang, Sayang…’ Posting Vokalis Seventeen Buat Netizen Sebak

Hantaran itu mengundang simpati sebilangan besar pengikut Ifan di Instagram yang menitipkan pesan agar terus tabah dengan ujian berat ini. 

error: Content is protected !!