Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin October 7, 2025 @ 11:42am

Gurauan Nadir Al Nuri & Musa ‘Ubat’ Hati Rakyat Malaysia, Netizen Komen – “Adik Beradik Yang Hebat Dalam Misi Perjuangkan Gaza”

Gelagat Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri bersama adiknya yang juga peserta Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) Musa Nuwayri menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, kedua-duanya bertemu semula selepas Musa dibebaskan daripada tahanan Isr**l bersama kesemua delegasi Malaysia lain.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nadir atau nama penuhnya Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman meluahkan rasa lega apabila adiknya itu kini berada dalam keadaan selamat dan stabil selepas melalui pengalaman getir berdepan pihak penceroboh.

“Ni hah baru jumpa pagi tadi. Alhamdulillah selamat semua. Satu je masalah saya tak puas hati, kenapa dia turun sampai dekat 10 kilogram, saya turun dalam 3-4 ilokgram je? Lagi satu, baru ingat nak dapat bahagian pusaka lebih sikit,” selorohnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet meluahkan rasa teruja dan bersyukur melihat kekaraban kedua-duanya.

Malah, ramai yang menyifatkan Nadir dan Musa sebagai contoh anak muda yang hebat terutamanya dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Sekadar info, Musa juga merupakan Ketua Pegawai Strategik Persatuan Cinta Syria Malaysia atau kini dikenali sebagai Cinta Salam Malaysia dan seorang sukarelawan yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan di Malaysia dan luar negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Tue, 30 Jul 2024
Events Thu, 20 Sep 2018

#ABPBH31 : Ayuh Meriahkan #FANtastik ABPBH 22 September Ini!

Pada hari itu nanti, setiap FC menyusun program di booth mengikut kreativiti masing-masing. Antara acara menanti pengunjung adalah sesi ramah mesra bersama artis, pameran trofi ABPBH, pameran ‘throwback’ busana yang digayakan selebriti di karpet merah ABPBH dan jualan produk serta lelongan barangan ‘preloved’ artis.

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Fasha-Aidil Nikah Mac Ini, Tahniah!

Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid. Alhamdulillah, tahniah Fasha!

Trending Sun, 24 Apr 2022
Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Rahsiakan Perkahwinan? Michelle Yeoh Akhirnya Tunai Janji Kepada Ibu, Adakan Majlis Resepsi Di Ipoh

Gembira betul Datin Janet dapat rai perkahwinan anak tersayang🥰

error: Content is protected !!