Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin October 7, 2025 @ 1:25pm

“Pergerakan Kami Sedang Diperhatikan” – Nadzmi Adhwa Dedah Keluarga Dalam Bahaya

“Saya nak bergerak ke mana pun payah ni. Tak boleh gerak pergi mana-mana”.

Demikian respons pelakon Nadzmi Adhwa menerusi sesi siaran langsung miliknya baru-baru ini.

Kata Nadzmi, pergerakan mereka termasuklah anak-anak sedang diperhatikan oleh golongan yang dilabel sebagai tali barut pihak Isr**l yang kini berada di Malaysia.

Jelasnya, apa yang dilakukan pihak tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab memandangkan isterinya juga mengalami kecederaan fizikal yang teruk ketika dalam tahanan pihak berkenaan.

“Pergerakan sedang diperhatikan. Saya nak bergerak ke mana pun payah ni. Tak boleh gerak pergi mana-mana.

“Ada juga orang Malaysia yang sanggup menjadi tali barut ni. Teruk tau isteri saya kena, teruk sangat-sangat. Apa je yang mereka nak daripada isteri saya ni?

“Sampai bahu dia koyak, muntah-muntah , kena tumbuk, kena heret, kena tarik rambut, tudung dan dia kenal siapa Ardell. Mereka tahu siapa suami, anak-anak.

“Saya tak boleh tinggalkan set suka hati sebab saya da tanggungjwab yang kena selesaikan dulu,” katanya.

Menerusi perkongsian sama, Nadzmi memaklumkan bahawa keluarga Ardell Aryana dalam jagaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM).

“Kami dalam jagaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM).

“Cuma, pergerakan kami sedang diperhatikan jadi saya geram dengan orang Malaysia yang sanggup amil duit, sanggup makan bangsa sendiri

“Saya terpaksa kejar dan lari ambil anak saya ke sana ke sini. Kau orang jaga diri ya.

“Mungkin ini berlaku sebab ‘suara’ Ardell pecah dunia macam live SOS haritu. Golongan ni main sentimen keluarga  tapi kesian dekat isteri saya,” jelasnya.

@vitblass sape je yg tak marah kalau libatkan keluarga lagi2 keselamatan anak2🥺, tolonglah jaga komen jangan tambahkan lagi kekusutan family dia😔 #gsf #adhwa #ardellaryana #sumudnusantara #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 2 Jun 2019

Sempat ‘Rakam’ Fenomena Ribut Petir Ini Di Kota Kinabalu

Cantiknya tapi menakutkan bila tahu ribut petir

Hiburan Sat, 28 Oct 2023

[VIDEO] Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Kenang Nasib Di Palestin, Harap Sekolah Afwa Al Aafiyah Tak Dibom

Sedih lihat situasi di Gaza sekarang ni! Semoga Allah lindungi semua umat Islam di Palestin!

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

MK K-Clique Cabar Penyamar

Bila dah popular, ada je yang iri hati!

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

Suamiku Lebih Mengenali Diriku Dari Anda Netizen

“Sekurangnya Aku Tak Curang, Suami Kenal Baik Buruk Aku”

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

error: Content is protected !!