Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2025 @ 11:29am

“No Wonder Ramai Sayang Faz!” – Azza Elite Tersentuh Dengan Keperibadian Fazura, Sifat Rendah Diri Buat Ramai Kagum

Anggota kumpulan Elite, Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari, 47, meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian pelakon dan usahawan terkenal, Fazura, yang disifatkan sebagai seorang yang sangat merendah diri dan berbudi pekerti meskipun bergelar figura popular.

Menurut Azza, sebelum ini dia berasa segan untuk menegur Fazura, namun segalanya berubah apabila mereka bertemu dalam sebuah acara baru-baru ini.

“Berbudi pekerti, dia beritahu Fatima salam Aunty Azza Nyamma (panggilan untuk Fatima). Aunty azza ikon tau. Masa tu saya macam ya Allah Fazura.

“Kita rasa kecil dengan dia. Tapi dia merendah diri. Saya selalu segan nak tegur tapi kali ni saya tunggu Faz sebab nak ambil gambar bersama,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Luar Biasa itu sempat berkongsi bahawa dia sentiasa menghargai insan yang berada bersamanya tidak kira di waktu senang ataupun susah.

“Masa tu, Fazura cakap dia akan ingat siapa yang bersama dia. Sekali lagi saya cakap no wonder ramai sayang Faz. Fly high Faz. Kak Azza akan sentiasa doakan Faz.

“Allah sentiasa jaga Faz dan Nyamma dan semua disekeliling Faz,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Events Tue, 5 Apr 2022
Featured Mon, 9 Jul 2018
Hiburan Wed, 10 May 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Berang Usahawan Asyalliee Bubar Sistem Agent Secara Mengejut – “Lupa Ke Dia Kaya Sebab Apa?”

Hmm, banyak isu kan antara founder, agent dengan stokis ni? Apapun tuan badan dah tampil jelaskan

Selebriti Sun, 16 Jul 2023
Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Masih Malu Bercakap Tentang Haid? Kempen ‘Just Flow With It’ Anjuran SAYS Mahu Ubah Persepsi Masyarakat

SAYS melancarkan kempen baharu bertajuk Just Flow With It yang bertujuan membuka ruang perbincangan lebih sihat dan terbuka mengenai isu kesihatan wanita di Malaysia.

error: Content is protected !!