Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 8, 2025 @ 3:47pm

Retrospektif Showcase Jadi Persembahan Istimewa, Afgan Bakal Bertemu Peminat Malaysia 5 Disember Ini!

Penyanyi popular Indonesia, Afgan bakal kembali memukau peminat Malaysia menerusi Afgan Retrospektif Showcase yang akan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Showcase eksklusif ini dianjurkan bersempena pelancaran album terbaharanya yang turut dinamakan Retrospektif. Afgan menjelaskan bahawa tajuk tersebut dipilih kerana mencerminkan fasa refleksi dirinya terhadap kehidupan dan kerjaya sepanjang beberapa tahun terakhir.

“Bagi saya, Retrospektif membawa makna untuk menoleh ke belakang dan menjadikan pengalaman lepas sebagai pedoman untuk terus berkembang menjadi manusia yang lebih baik. Album ini tercipta daripada proses itu, saya banyak merenung perubahan dalam hidup saya sejak kebelakangan ini, dan dari situ lahirlah karya ini,” katanya.

Album Retrospektif juga cukup bermakna buat penyanyi berusia 36 tahun itu kerana ia merupakan album penuh berbahasa Indonesia pertamanya selepas tujuh tahun.

“Rasanya seperti saya pulang ke akar muzik saya sendiri iaitu pop Indonesia. Sudah lama saya tidak berkarya dalam bahasa sendiri, jadi tajuk Retrospektif amat tepat sebagai simbol kepada permulaan baharu dalam perjalanan muzik saya,” jelasnya.

Afgan turut menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan persembahan kerana hubungan istimewanya dengan peminat tempatan.

“Malaysia sudah seperti rumah kedua buat saya. Sokongan yang saya terima di sini luar biasa, dan saya mahu peminat Malaysia menjadi antara yang pertama merasai pengalaman mendengar album baharu ini secara langsung. Saya sangat teruja untuk mempersembahkannya,” ujarnya.

Afgan turut berkongsi sebab memilih Zepp Kuala Lumpur sebagai lokasi persembahan, yang dianggap paling sesuai dengan konsep muzik yang lebih organik dan jujur dalam album kali ini.

“Saya mahu persembahan ini terasa lebih peribadi dan santai. Muzik dalam album ini lebih ‘raw’ dan tulus, jadi Zepp memberi suasana yang tepat untuk membawa emosi itu terus kepada penonton,” katanya.

Dalam showcase tersebut, Afgan akan mempersembahkan lagu-lagu baharu daripada album Retrospektif dengan susunan muzik asal, selain beberapa lagu hits yang sudah menjadi kegemaran ramai.

“Insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik. Saya mahu setiap lagu membawa makna tersendiri kepada penonton. Jika karya saya mampu menjadi penguat semangat buat mereka dalam pelbagai fasa kehidupan, itu sudah cukup berharga buat saya,” katanya.

Sementara itu, pihak penganjur, Renjana Idea, menyatakan rasa bangga dapat membawa Afgan kembali ke pentas Malaysia.

“Afgan Retrospektif Showcase bukan sekadar konsert, tetapi satu perjalanan emosi dan refleksi terhadap karier seni Afgan yang amat dekat di hati peminat. Kami percaya persembahan ini akan menjadi momen istimewa buat semua yang hadir,” kata wakil Renjana Idea.

Tiket untuk Afgan Retrospektif Showcase kini boleh didapati di www.golive-asia.com dengan harga bermula RM358 (General Standing) hingga RM1,398 (VIP Box).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Mar 2026

Mek Yun Cuba Berpuasa Penuh, Anggap Tak Salah Orang Bukan Islam ‘Meraikan’ Ramadan – “Asalkan Tak Langgar Akidah”

Pempengaruh media sosial, Mek Yun berkongsi pengalamannya mencuba untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan walaupun dirinya bukan beragama Islam.

Featured Wed, 7 Sep 2022
Contest Fri, 22 Nov 2019

Ejen Ali Pamer Kualiti Grafik Bertaraf ‘International’

Bertindak segera ejen! Korang mungkin boleh menyelamatkan M.A.T.A

Featured Wed, 25 Sep 2024

Sebutan Kes Permohonan Cerai Fazura & Fattah Amin Tangguh 7 Oktober Depan

Sama-sama kita doakan yang terbaik nuat pasangan ini❤️🥹

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Liyana Jasmay ‘Tunjuk Taring’

LJ bakal tampil dengan filem terbaru beliau. Nak tahu apa ? Jom klik artikel ini

Featured Mon, 30 Sep 2024

Khadijah Ibrahim Terlibat Kemalangan

Moga ibu Khaty baik-baik sahaja. Aamin.❤️

error: Content is protected !!