Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 8, 2025 @ 4:40pm

Belajar Pun Boleh Seronok! TV Tuisyen Kini di Tonton

Dunia pendidikan digital Malaysia melangkah ke era baharu dengan pelancaran rasmi TV Tuisyen di Tonton, platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan pengalaman interaktif, menyeronokkan dan mudah diakses untuk pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Inisiatif terbaharu ini bertujuan memperkasa pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin melalui kaedah pembelajaran yang berstruktur dan berpatutan.

TV Tuisyen direka khusus untuk membantu pelajar berusia 13 hingga 17 tahun menguasai subjek teras berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Melalui langganan eksklusif di Tonton, pelajar boleh mengakses ribuan video pembelajaran, latihan, nota ringkas serta kuiz interaktif pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Kandungannya dihasilkan oleh tenaga pengajar berpengalaman bagi memastikan topik yang sukar menjadi lebih mudah difahami.

Menariknya, TV Tuisyen turut menampilkan pendekatan kreatif dengan kombinasi elemen pendidikan dan hiburan.

Ia menonjolkan barisan guru selebriti seperti Fendy Bakry, Shah Iskandar, Zara Zya, Aniq Suhair, Elisya Sandha, Juliana Evans dan ramai lagi yang tampil dengan gaya penyampaian santai serta visual interaktif berkualiti tinggi. “Belajar di Tonton, Bijak Sampai Lulus!” menjadi slogan yang mencerminkan semangat baharu dalam pendidikan digital.

Selain kandungan yang disusun mengikut sukatan pelajaran terkini, TV Tuisyen menawarkan harga langganan mesra bajet, hanya RM9.90 sebulan atau RM118.80 setahun untuk akses tanpa had kepada keseluruhan perpustakaan kandungannya.

Ia juga boleh diakses melalui pelbagai peranti seperti telefon pintar, komputer riba, tablet dan televisyen pintar. Dengan fleksibiliti ini, pelajar boleh belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa kekangan.

TV Tuisyen bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, malah turut membantu ibu bapa dan guru. Ibu bapa boleh memantau pembelajaran anak-anak dengan lebih mudah, manakala guru boleh menggunakan kandungan platform ini sebagai bahan tambahan dalam sesi pengajaran.

Bagi mereka yang ingin mula belajar, hanya perlu mendaftar akaun Tonton dan melanggan pelan TV Tuisyen. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pasukan sokongan pelanggan melalui e-mel di [email protected].

Dengan pelancaran TV Tuisyen, Tonton memperkukuh peranannya sebagai peneraju hiburan dan pendidikan digital tempatan, membuka peluang kepada semua untuk menikmati pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, berkualiti serta mampu milik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Apr 2023
Events Thu, 20 Sep 2018

#ABPBH31 : Ayuh Meriahkan #FANtastik ABPBH 22 September Ini!

Pada hari itu nanti, setiap FC menyusun program di booth mengikut kreativiti masing-masing. Antara acara menanti pengunjung adalah sesi ramah mesra bersama artis, pameran trofi ABPBH, pameran ‘throwback’ busana yang digayakan selebriti di karpet merah ABPBH dan jualan produk serta lelongan barangan ‘preloved’ artis.

Hiburan Sat, 7 Sep 2019
Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Hiburan Tue, 10 Feb 2026

Gabungan Vokal Padu, ‘Mahal’ Jadi Taruhan Baharu Iskandar & Idayu

Bagi memastikan hasil terbaik, Iskandar menjalani sesi rakaman intensif termasuk latihan vokal

error: Content is protected !!