Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 10, 2025 @ 11:34am

“Mereka Seperti Wali-Wali Gaza” – Iylia Balqis Dedah Kejadian Sebenar Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Aryana

Aktivis kemanusiaan, Iylia Balqis, tampil mendedahkan detik mendebarkan yang dilalui pelakon dan aktivis, Ardell Aryana, ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza baru-baru ini.

Menurut Iylia, kapal layar Mikeno yang dinaiki Ardell menjadi antara yang paling hampir dengan perairan Gaza dan turut berdepan serangan water canon selama hampir dua jam oleh tentera Zionis.

“Kapal mereka hanya bergantung pada tiupan angin. Walaupun diserang water canon selama dua jam, mereka tetap teruskan pelayaran kerana ketika itu belum ada tentera yang memintas,” katanya ketika ditemu bual radio tempatan.

Katanya, biarpun diserang bertubi-tubi, kapal berkenaan tetap mara hingga tentera Zionis akhirnya berundur sebelum kembali semula untuk melakukan sekatan.

“Kapal Mikeno adalah yang terakhir dipintas, tetapi paling awal tiba di pelabuhan Ashdod kerana kedudukannya paling hampir dengan kawasan tahanan rejim.

“Ardell antara individu pertama dibawa ke penjara, walaupun kapal lain seperti Alma dipintas lebih awal,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Iylia menyifatkan kru kapal Mikeno sebagai insan luar biasa yang dipenuhi keberkatan perjuangan.

“Mereka ibarat wali-wali Allah. Kapal ini berada paling hampir dengan Gaza, kapal pertama yang hampir berjaya ‘break the siege’,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika serangan berlaku, tekanan air yang dilepaskan terlalu kuat sehingga menyebabkan Ardell hampir rebah akibat kesejukan.

“Ardell basah kuyup dan hampir demam. Askar tidak membenarkan dia menukar pakaian sehingga rakan sekapalnya merayu supaya diberi izin kerana keadaan Ardell sangat lemah dan menggigil,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian threads Iylia menjelaskan dia tersalah kata ketika menyifatkan Ardell seperi wali-wali Allah, sebaliknya mahu menyebut wali Gaza seperti yang dikatakan oleh Tuan Nadir.

Sumber: Sinarmy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Feb 2018

Impi Wajah Secantik Erra Fazira, Wanita Ini Menderita Kerana Suntikan Kolagen

Muka Firaun, ‘dagu cecah ke lutut’, ‘hantu dagu’, ‘dagu panjang’ ‘dagu terpisah muka’ dan ‘nenek sihir’, antara bentuk sindiran yang pernah dilemparkan kepada mereka sehinggakan berasa amat malu untuk berdepan dengan masyarakat.

Hiburan Tue, 30 Dec 2025
Events Mon, 25 Nov 2019

Peminat Marah Mira Filzah?

Serius lah peminat marah artis?

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Lif Dah Siap! Tunggu Si Comel Pipi Merah Jer!

Siti terpaksa mengikuti nasihat pakar perbidanan untuk melahirkan bayi melalui pembedahan memandangkan kebiasaannya  bayi dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization” (IVF) jarang bersalin secara normal.

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Winner Of ‘Dewi Remaja 2019’ Is Not Making The Same Mistake Twice

Some lessons are meant to be learned and what she’s doing will definitely benefit her in the future.

Selebriti Thu, 21 Sep 2023
Featured Tue, 14 Jan 2025
Hiburan Wed, 20 Dec 2023
error: Content is protected !!