Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 10, 2025 @ 11:00am

Heliza, Hazwani & Farah Lee Tak Tahan Sebak, Berhubung Dengan Penduduk Gaza Buat Hati Luluh – “Beri Kami Sedikit Masa Lagi…”

Air mata tiga aktivis kemanusiaan dan selebriti tanah air, Farah Lee, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, tumpah apabila berpeluang berhubung dengan salah seorang penduduk Gaza, Munzir, dalam satu panggilan telefon bersama sebuah stesen radio tempatan.

Dalam perbualan itu, Hazwani dilihat sebak ketika memohon maaf kepada Munzir kerana misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang mereka sertai sebelum ini tidak dapat menyampaikan bantuan secara terus kepada rakyat Gaza.

“Kami nak minta maaf sebab kami sudah cuba sedaya upaya. Sejak 7 Oktober 2023, kami sentiasa berfikir bagaimana mahu membantu.

“Insya-Allah, kami akan terus berusaha. Rakyat Malaysia di sini tidak pernah berhenti mencari jalan untuk menyalurkan bantuan. Tunggu kami sedikit masa lagi, mudah-mudahan kami dapat sampaikannya,” katanya dengan nada sebak.

Sementara itu, Heliza turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Munzir kerana terus mempertahankan bumi Palestin yang menjadi tanah suci umat Islam.

“Terima kasih, Munzir, kerana menjaga tanah umat Islam di Palestin. Insya-Allah, suatu hari nanti kita semua akan bersatu menunaikan solat berjemaah di Masjid Al-Aqsa,” ujarnya.

Dalam masa sama, Munzir menyifatkan aktivis GSF sebagai ‘hero’ dan menegaskan bahawa rakyat Gaza amat menghargai segala usaha rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti menyalurkan bantuan serta sokongan moral.

“Masya-Allah, our hero. Wallahi. Kami rakyat Gaza sangat menghargai apa yang kalian lakukan.

“Memang sedikit sedih apabila bantuan tidak sampai kerana Sumud Flotilla membawa harapan besar untuk kami ‘break the siege’.

“Tetapi apabila mereka ditahan, ia tetap membuka mata dunia terhadap realiti perang yang kami hadapi. Insya-Allah, akan ada sinarnya nanti,” katanya.

Sumber/kredit foto: Era FM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Sep 2021

Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober Ini

Kebenaran rentas negeri dijangka bakal dilaksanakan pada pertengahan Oktober ini. Kenyataan itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media akhbarnya sebentar tadi. “Jadi saudara bolehlah merayau atau pergi mana-mana […]

Featured Wed, 24 Jan 2024

Adi 6ixth Sense Dan Azmi Saat Bergabung, Duet Dalam Lagu Jingle Berjudul ‘Wahdinii’

Wah, kalau bulan puasa famous dengan jingle Yusuffff Taiyooob, ni baru pulak Wahdiniiiiiiiii❤️

Hiburan Tue, 22 Jul 2025

Firdaus Ghufran Dakwa Diugut, Nekad Tuntut Keadilan Di Gelanggang Tinju – “Saya Dibuli 8 Orang Termasuk Seorang Pelakon”

Firdaus Ghufran dakwa dibuli dan diugut seorang pelakon yang merupakan rakan lama dari kecil

Hiburan Thu, 7 Aug 2025

Pemergian Song Young Kyu, Drama ‘The Defects’ Keluarkan Kenyataan Rasmi

Penonton boleh turur menyaksikan drama bersiri ini di Tonton.

error: Content is protected !!