Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 15, 2025 @ 11:10am

Anzalna Nasir Titip Pesan Buat Ibu Bapa, Bimbang Kes Jenayah Pelajar Makin Teruk – “Bukan Sekadar Cari Rezeki, Tapi Bentuk Anak Jadi Insan Baik”

Pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir tampil meluahkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes jenayah melibatkan pelajar sekolah dan kanak-kanak bawah umur yang kini semakin membimbangkan.

Menerusi hantaran di Threads, pelakon drama Dendam Aurora itu menyifatkan pelbagai kes yang berlaku kebelakangan ini dalah berpunca daripada kes buli, rogol sehinggalah pembunuhan.

Dan, ini sekali gus sebagai satu peringatan besar buat para ibu bapa.

“Bila makin banyak kes di sekolah yang tak terjangkau akal fikiran, itu sebenarnya jadi peringatan untuk kita sebagai ibu bapa.

“Walaupun kita kerja keras untuk masa depan anak-anak, tanggungjawab kita bukan setakat cari rezeki. Kita juga kena bimbing, ajar dan bentuk mereka jadi insan yang baik,” katanya.

Dalam hantaran sama, Anzalna juga berpesan agar ibu bapa tidak melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada orang lain, sebaliknya perlu lebih peka terhadap emosi dan perkembangan mental mereka.

“Luangkan masa, ambil tahu tentang hidup mereka, dan jangan harapkan orang lain buat semua itu untuk kita. “Semoga anak-anak kita membesar jadi anak yang soleh, solehah dan manusia yang berguna,” tegasnya.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kes tragis seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah sekitar Bandar Utama.

Sementara itu, di Melaka pula, empat pelajar Tingkatan Lima turut direman kerana merogol pelajar Tingkatan Tiga secara bergilir-gilir. Bahkan, suspek turut bertindak merakam aksi tersebut dan menyebarkannya.

Susulan kejadian tersebut, ramai dalam kalangan selebriti menyeru agar pihak berkuasa memperketat hukuman terhadap pelaku jenayah bawah umur dan memperkukuh pendidikan moral serta kawalan emosi di peringkat sekolah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Sep 2019

Panduan minum kopi dengan betul

Hidup cergas dan sihat dengan secawan kopi

Trending Wed, 2 May 2018

Taj Mahal Bertukar Warna?

Mahkamah Agung dalam satu kenyataan selepas meneliti foto terbaru Taj Mahal berkata, batu marmar itu pada mulanya bertukar ke warna kuning dan kini kelihatan seperti hijau kehitaman.

Events Sun, 29 Sep 2019

71岁林子祥魄力十足一连唱32首歌!感触落泪:因为你们继续唱

现年71岁林子祥魄力十足,云顶演唱会一连唱32首歌;尾声更是感触落泪说道“我会一直继续唱下去,都是因为你们。”

Hiburan Thu, 24 Apr 2025

Dah Lali Nama Sering Dikaitkan Sudah Berkahwin, Erra Fazira Perjelas Status Masih Solo

Erra Fazira nafi dah berkahwin, dah lali nama sering terkait

Hiburan Fri, 24 Jan 2025

Penyanyi Rap Hina Nabi Muhammad Dijatuhi Hukuman Mati

Penyanyi Rap Hina Nabi Muhammad Dijatuhi Hukuman Mati

Featured Mon, 11 Aug 2025
error: Content is protected !!