Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 24, 2025 @ 8:00pm

Dah Lali Nama Sering Dikaitkan Sudah Berkahwin, Erra Fazira Perjelas Status Masih Solo

Nama primadona terkenal, Erra Fazira sekali lagi menjadi bualan apabila timbul dakwaan dirinya telah mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap.

Ketika ditemui XTRA, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek tampil menafikan perkara tersebut dan menegaskan dirinya masih belum bergelar isteri sesiapa.

“Ternyata artis itu bukan saya tetapi saya sering menjadi mangsa keadaan. Namun sehingga hari ini saya masih single (belum berkahwin),” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon berusia 51 tahun itu berkata dia tidak terkejut dengan gosip tersebut kerana ini bukan kali pertama namanya dikaitkan dengan cerita perkahwinan.

“Tidaklah terkejut cuma saya terkena lagi kali ini. Saya selalu dapat berita yang sebegitu dan ketika mengetahuinya saya tidak sabar nak tunggu kebenaran sebenar. Jadi orang tidak akan mengaitkan berita tersebut dengan saya lagi.

“Pada akhirnya semua mengetahui bukan saya yang berkahwin,” ujarnya.

Erra berkongsi perkara itu ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Rizman Ruzaini yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ditanya soal jodoh, Erra berkata dia bersikap terbuka dan menyerahkan sepenuhnya kepada takdir.

“Saya bukan jenis yang terlalu merancang. Saya ikut arus dan percaya semuanya akan berlaku pada waktu yang tepat,” katanya.

Dalam pada itu, bintang filem Sembilu itu turut menyentuh tentang anak perempuannya, Engku Aleesya, yang dikatakan menerima kehadiran ‘Mr. E’ dengan baik.

“Aleesya ni jenis yang tajam pemerhatiannya. Kalau dia rasa tak selesa, dia akan bersuara.

“Tapi Alhamdulillah, nampaknya dia okay. Tiada bantahan atau reaksi negatif daripada dia,” tambah Erra.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan tentang seorang aktres terkenal yang dikatakan telah melangsungkan perkahwinan secara rahsia.

Meskipun tiada nama didedahkan, ramai netizen membuat spekulasi dan mengaitkan nama Erra berdasarkan popularitinya dan status peribadinya yang sering menjadi perhatian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Xiaomi sebelum ini menjadi peranti paling popular di India sejak enam bulan yang lalu, dan sebahagian besar dari tempoh itu mereka diekori rapat oleh Samsung di tempat kedua. Namun, perkara itu nampaknya telah berubah apabila Samsung dilaporkan […]

Featured Wed, 16 Mar 2022

“Memang Limited…”- Alif Satar & Izzue Islam Dipuji Sehingga Netizen Wujud ‘Persatuan Suami Setia & Handsome’!

Kadang-kadang Min pun lupa diorang ni suami orang 😂 Segak, bergaya dan paling utama SETIA kepada isteri. Untungnyaaaa 🤩😍

Trending Tue, 4 Feb 2020
Hiburan Mon, 12 Aug 2024
Trending Tue, 24 Sep 2019

Pertandingan Cari Kentut Paling Merdu

hanya di India sahaja ye, apa kata kalau anjurkan di Malaysia mesti ramai yang nak sertai

Featured Fri, 17 Oct 2025

“Ujian Gaza Lebih Besar Berbanding Kami” – PU Rahmat Puji Keteguhan Ardell Aryana Dalam Misi Kemanusiaan GSF

Meskipun diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang pelayaran, Ardell tetap teguh dengan pendiriannya.

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

口技歌手Koujee口吉出道10年首发单曲

曾为国际巨星的演唱会表演嘉宾的大马Beatbox玩家Koujee口吉,出道10年后终于发布了首支自创自编自导自演的单曲!

error: Content is protected !!