Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 5, 2025 @ 8:28am

MPO Bawa Penonton Jelajah Dunia Lagenda Menerusi Simfoni Tujuh Watikah

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa bertemakan Simfoni Tujuh Watikah (Symphony of the Seven Scrolls) yang direka khusus untuk tontonan seisi keluarga dalam usaha memupuk minat terhadap muzik klasikal dalam kalangan generasi muda.

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 18 Oktober 2025, jam 2.30 petang di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP).

Menampilkan gabungan cerita rakyat dan muzik simfoni, persembahan ini membawa penonton menyusuri perjalanan muzik dan pendidikan yang sarat nilai budaya serta imaginasi.

Pencerita dan pelakon terkenal Nadia Aqilah akan menghidupkan watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan tujuh segmen, manakala pengarah dan koreografer tersohor Pat Ibrahim bertanggungjawab sebagai pengarah kreatif.

Di bawah pimpinan Konduktor Residen Gerard Salonga, MPO akan mempersembahkan karya agung seperti Symphony No.1 (Mahler), Scheherazade (Rimsky-Korsakov), Morning Mood (Grieg), Romeo & Juliet Suite (Prokofiev), Night on Bald Mountain (Mussorgsky), Nocturnes (Debussy) dan Firebird: Finale (Stravinsky).

Penonton turut disajikan dengan susunan semula lagu-lagu rakyat seperti Chan Mali Chan, Jong Jong Inai, Rasa Sayang serta lagu patriotik Tanah Pusaka, diserikan dengan persembahan Pewaris Seni Anak Tari dan Precision Movement Dance Group.

Harga tiket bermula daripada RM98 untuk kategori C Reserve, RM118 untuk B Reserve, RM128 bagi A Reserve, RM138 untuk Premium dan RM148 atau RM158 seorang bagi tempat duduk Suite.

Pihak MPO turut menawarkan potongan harga antara 10% hingga 20% untuk pakej lawatan sekolah. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Box Office di talian 03-2331 7007 atau emel [email protected]

Untuk pembelian tiket dan informasi lanjut, layari laman web MPO di www.mpo.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023

Selepas Dedah Kahwin Di Luar Negara, Tash Yong Pilih Tutup Mulut – “Cara Terbaik Adalah Diam”

Diam, menyepi, berdamai dengan diri, makan & tidur – Tash Yong

Featured Mon, 10 May 2021

BPR Masih Dalam Proses Pengkreditan? Ini Sebabnya..

Umum maklum, pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah bermula pada 7 Mei lalu. Baca artikel berkaitan : Sebab Kenapa BPR Fasa Ke-2 Tidak Berjaya Walaupun Lulus Fasa 1, Tarikh Rayuan BPR Namun, sehingga kini […]

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Hiburan Sat, 3 Sep 2022
Featured Thu, 19 Dec 2024

Miliki Ganja Seberat 60.3 Gram, Along Cham Disambung Reman 4 Hari

Perintah sambung reman itu dibuat polis di Mahkamah Majistret Sepang.

Hiburan Mon, 31 Jul 2023

Berbalah Komen Dengan Netizen, Ira Kazar Koyak? Pesan Jangan Ambil Content Peribadi Untuk Raih Likes & Views – “Tak Ada Modal Ke?”

Wow wow, Ira Kazar gaduh ke tuuu 🫣 Wow wow, Ira Kazar gaduh ke tuuu 🫣 Tachod min garang juga Ira ni ekkk 😌🤭

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

Saya Juga Berpantang Seperti Ibu Bersalin

Mia akui dirinya sudah tidak bersedih lagi dan menerima ketentuan Ilahi.

Events Fri, 18 Oct 2024

Malam Kemuncak Semakin Hampir! Ini Antara Senarai 5 Lagu Finalis #XTRAXSTAR2024

Wah, mantap juga pemilihan lagu finalis kita ni ek!

error: Content is protected !!