Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin October 16, 2025 @ 5:44pm

Atlet Bola Keranjang Popular Shai Gilgeous-Alexander Teruskan Kisah Shai 001 Dengan Inspirasi Keluarga

Tiga warna baharu iaitu Charm Black, Hail Clay dan Masi Blue menjadi kesinambungan kepada kisah peribadi bintang bola keranjang popular NBA, Shai Gilgeous-Alexander.

Sebagai pengarah kreatif Converse Basketball, Shai terus mengukuhkan pengaruhnya melalui koleksi Shai 001, kasut yang menjadi simbol gaya dan identitinya. Direka sepenuhnya mengikut citarasa Shai, setiap perincian pada kasut ini menggambarkan dua sisi dirinya, iaitu seorang atlet yang berdisiplin dan seorang kreator yang berjiwa seni.

Setiap jahitan membawa maksud, setiap bentuk punya cerita. Dari rekaan moden hingga fungsi prestasi bertaraf profesional, Shai 001 menyerlahkan visi kreatif Shai yang penuh gaya dan keyakinan.

Bulan Oktober ini, Converse memperkenalkan tiga warna baharu yang diinspirasikan oleh insan terpenting dalam hidup Shai. Dihasilkan dengan semangat kekeluargaan, Charm Black, Hail Clay dan Masi Blue menjadi simbol kepada kasih sayang, kekuatan serta nilai peribadi yang membentuk siapa dirinya hari ini.

Charm Black didedikasikan kepada ibunya, Charmaine. Warna hitam ini melambangkan keanggunan, ketenangan dan kekuatan yang menjadi inspirasi buat Shai. Ia mencerminkan aura elegan dan naluri tajam yang dibawanya ke gelanggang, tenang tetapi tetap berbahaya setiap kali beraksi.

Hail Clay pula diinspirasikan daripada warna mata isterinya, Hailey, serta ketenangan yang dibawanya dalam hidup Shai. Warna ini melambangkan kasih sayang, sokongan dan keseimbangan yang menjadi asas kepada semangat serta fokus Shai, baik di gelanggang mahupun dalam kehidupan seharian.

Masi Blue menonjolkan hubungan erat Shai dengan abangnya, Thomasi. Rona biru sejuk ini menggambarkan ketenangan Shai ketika berdepan tekanan, tetap fokus di tengah cabaran. Ia juga menjadi penghormatan kepada kampung halaman mereka di Hamilton, Ontario, yang terkenal dengan musim dinginnya yang keras serta ikatan kekeluargaan yang kukuh.

Setiap versi Shai 001 Family Colorway dilengkapi rekaan berprestasi tinggi termasuk corak cengkaman radial untuk kawalan pelbagai arah, kusyen Zoom Air di bahagian depan untuk pantulan tenaga yang responsif, dan midsole yang direka stabil untuk pergerakan lebih lancar serta tepat.

Koleksi Converse Shai 001 Family Colorways akan dilancarkan secara global bermula 2 Oktober 2025, dan boleh didapati di Converse.my, Foot Locker serta Hoop Station.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 17 Jun 2019
FESYEN Mon, 7 May 2018

Ezuan Ismail Tepis Dakwaan Tiru Rekaan Luar!

Isu ini timbul apabila sebuah akaun instagram telah mendedahkan bahawa baju yang dipakai oleh penyanyi Pematah Hati, Nabila Razali dan pelakon, Maria Farida menyerupai rekaan pereka fesyen ini.

FESYEN Sat, 28 Sep 2019

Abby Minta Doakan ‘Baby D’

Doakan Abby Abadi dan Baby D ya?

Events Tue, 14 Aug 2018

Dikritik Netizen, Nabila Huda Balas Balik!

Tidak berdiam diri, Abil lantang bersuara membidas komen-komen netizen

Events Thu, 10 Oct 2019
FESYEN Fri, 17 May 2019

Jom Intai Gaya Koleksi Raya 2019!

Cantik-cantik semua kan? Jemput cuci mata semua…

FESYEN Mon, 29 Jul 2019
error: Content is protected !!