Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 24, 2025 @ 9:00pm

“Pelanggan Saya Memang Kaya, Tak Perlu Diskaun” – Haliza Maysuri Letak Sasaran RM10 Juta Di Pahang, Mahu Bantu Golongan Memerlukan

“Pelanggan saya memang kaya, mereka tak perlu diskaun. Mereka sanggup beli sebab jenama ini mahal. Produk saya memang tiada diskaun, tapi sebahagian keuntungan akan saya kembalikan kepada masyarakat.”

Demikian kata-kata usahawan sensasi, Haliza Maysuri yang meletakkan sasaran berani untuk mencatat jualan RM10 juta di Pahang menjelang Aidilfitri akan datang menerusi Butik Byqiss by Bawal Exclusive di Kuantan, Pahang.

Menurut Haliza, angka itu mungkin kelihatan besar, namun ia bukan hanya tentang keuntungan semata-mata, sebaliknya sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada golongan memerlukan.

“Lagi banyak kami berniaga, lagi banyak zakat yang boleh dibayar. Saya mahu pelanggan tahu, setiap helai tudung yang mereka beli juga menjadi amal jariah,” katanya.

Haliza yang dikenali dengan semangat keusahawanan tinggi itu mengakui perjalanan hidupnya bukan mudah, malah pernah bermula dengan berniaga di pasar malam sebelum berjaya membina empayar Bawal Exclusive selama lebih 27 tahun.

“Saya sendiri diuji dengan masalah kesihatan, tapi saya percaya rezeki bertambah apabila kita bersedekah dan bantu orang susah. Walaupun pernah hampir putus asa semasa pandemik, Allah ganti dengan rezeki yang tak disangka. Perniagaan ini masih kukuh dan saya akan terus bersedekah sebagai tanda syukur,” ujarnya.

Menariknya, sambutan pelanggan di Pahang begitu luar biasa hingga mencipta sejarah apabila sehelai tudung Bawal Exclusive pernah dibeli pada harga RM50,000 oleh seorang usahawan tempatan, menjadikan ia antara tudung termahal di dunia dalam kategori mewah.

“Pelanggan di Pahang ini memang luar biasa. Mereka bukan saja ada kuasa beli tinggi, tapi juga setia dengan jenama kami. Mereka yakin dengan nilai dan kualiti Bawal Exclusive, sebab itu saya yakin sasaran RM10 juta boleh dicapai oleh Butik Byqiss by Bawal Exclusive,” kata Haliza.

Dalam pada itu, pemilik Butik Byqiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Puteh, menyambut baik sasaran tersebut dan optimis angka itu mampu dicapai dengan sokongan pelanggan setia.

“Butik ini dibuka atas permintaan pelanggan sendiri dan sambutannya sangat menggalakkan. Untuk meraikan pembukaan ini, saya memperkenalkan dua rekaan eksklusif yang hanya boleh didapati di Pahang iaitu Helaian Byqiss dan Bawal Mizan,” katanya.

Hamizan menjelaskan, rekaan Helaian ByQqss bernilai RM990 itu diilhamkan daripada konsep Yin & Yang, simbol keseimbangan antara baik dan buruk yang diterjemahkan dalam bentuk seni halus.

“Rekaan ini menggambarkan perjalanan hidup saya sendiri yang penuh turun naik selama hampir 10 tahun dalam industri. Setiap helaian membawa makna keseimbangan dan ketabahan,” jelasnya.

Sementara itu, Haliza menegaskan setiap pengedar sah Bawal Exclusive seperti Byqiss diberikan keistimewaan menghasilkan rekaan sendiri bagi mengekalkan keunikan setiap butik.

“Kami mahu setiap reseller ada identiti mereka sendiri. Itulah kekuatan Bawal Exclusive, eksklusif dalam setiap rekaan dan penuh nilai seni,” katanya.

Dalam usaha membina legasi, Haliza kini menumpukan kepada penubuhan yayasan kebajikan yang akan diteruskan oleh anak-anaknya kelak.

“Saya mahu empayar ini bukan hanya tentang jual tudung, tetapi juga tentang manfaat kepada masyarakat. Saya antara pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah mencecah RM1 juta. Kalau saya tiada nanti, yayasan inilah yang akan anak-anak teruskan sebagai saham akhirat kami,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 8 Sep 2019

Sanggup Rakam Dari Membantu Pemandu MicroSleep Kemalangan!

”Tukang Rakam Ni Disable Function Hon Ke?” Pemandu Didakwa ‘Microsleep’ Hingga Terbabas Rempuh Lori

Featured Wed, 1 Mar 2023
Trending Wed, 13 Jan 2021

“Apa Yang Terbaik Untuk Kita Tak Semestinya Terbaik Untuk Orang Lain” – Alif Satar Kongsi Kata-Kata Positif

Ujian setiap orang berbeza beza, sentiasalah pilih untuk menjadi baik ❤️

Trending Wed, 5 Aug 2020
Trending Wed, 4 Mar 2020

Kematian Melebihi 3000 Seluruh Dunia, COVID 19 Semakin Membimbangkan

Penularan COVID-19 semakin membimbangkan. Menurut statik yang dikeluarkan oleh KKM Putrajaya, kematian yang melibatkan Coronavirus itu kini telah melebihi 3000 di seluruh dunia.  Menurut statistik itu lagi selepas negara Cina, Iran merupakan negara kedua tertinggi […]

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Habiskan RM8 Juta, Duit Allah Bagi Dia Tak Habis”- PU Amin Label Penerbit #MatKilau Sebagai Jutawan Ummah

Patut min tengok nama beliau kat ending credit… Ini gerangan orang-orang hebat!

Trending Sun, 11 Apr 2021

“Kadang-Kadang Orang Lupa… Saya Ni Penyanyi” – Syafinaz Selamat

Figura terkenal dalam bidang vokal, Datuk Syafinaz Selamat mengakui tidak kecewa apabila ada yang sudah lupa dirinya sebagai penyanyi. Memulakan kerjaya pada tahun 1989, Syafinaz mendedahkan ramai generasi muda yang mengenalinya sebagai guru vokal serta […]

Trending Mon, 9 Sep 2024

Nak Jadi Penyanyi? Ini Cara Sertai Kempen Pencarian Bakat Baharu XTRA XSTAR 2024

Ha apa tunggu lagi? Rebut gelaran Juara & anda berpeluang bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records & Talent!

error: Content is protected !!