Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 25, 2025 @ 12:10pm

“Yang Tahu, Tahulah” – Mahu Jaga Hati Ramai Pihak, Irma Hasmie Pilih Diam Isu Dakwaan Kahwin Semula

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 43, memilih untuk mengunci mulut apabila ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa dirinya sudah kembali bergelar isteri.

Menurut Irma atau nama penuhnya Irma Hasmie Ibrahim, keputusan untuk berdiam diri dibuat bukan kerana mahu berahsia, tetapi demi mengelak salah faham dan spekulasi berpanjangan.

“Yang tahu, tahulah. Benda macam ni bukan untuk diwar-warkan. Sekarang ni susah nak cakap apa pun. Silap sedikit, terus jadi bahan bualan.

“Jadi, lebih baik saya tak cakap langsung,” katanya.

Irma berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Hayya 3: Gaza di Pavilion Bukit Jalil, semalam.

Irma mengakui, langkah untuk tidak memberi sebarang komen dibuat kerana dia tidak mahu melukakan hati mana-mana pihak, termasuk keluarga dan anak-anaknya.

“Banyak hati yang perlu saya jaga. Bukan sekadar anak-anak dan keluarga terdekat, tapi juga saudara mara serta keluarga besar.

“Emak dan ayah dah tiada, jadi saya kena fikirkan perasaan ahli keluarga lain yang mungkin tertanya-tanya. Saya tak nak timbulkan kekeliruan atau bebankan sesiapa,” ujarnya.

Dalam masa sama, Irma berkata dia sudah terbiasa berdepan gosip sejak mula menceburi dunia seni, namun kali ini dia memilih untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi.

“Saya dah lama dalam industri. Saya tahu, apa pun yang saya buat, akan ada orang bercakap.

Kalau saya beritahu perkara sebenar pun, tetap akan ada yang salah faham. Jadi, saya rasa lebih baik saya diam daripada menambah cerita,” katanya.

Untuk rekod, Irma pernah mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada tahun 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan itu berpisah pada Oktober 2023, selepas perkara berkenaan dikongsikan oleh rakan Irma, Reen Emran, di media sosial.

Difahamkan, Redza kini telah pun berkahwin dengan wanita pilihannya, Fiza, pada April tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Aug 2025

MyGameOn Bergabung Dengan SAYS Tech Lancar Kempen ‘Rileks Je, Takyah Toksik’, Tangani Isu Buli Siber & Kesihatan Mental Dalam Dunia Permainan Video

Kempen ini adalah sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada usaha menangani isu buli siber dan menjaga kesihatan mental dalam kalangan komuniti pemain video di Malaysia.

Featured Sat, 16 Oct 2021
Hiburan Thu, 31 May 2018

Tak Tahan Dikecam, Akhirnya Faiz Roslan…

Kita sesama manusia memaafkan satu sama lain. Saya minta maaf. Sudah banyak tweet yang buruk pasal saya, video saya di explore IG (Instagram), macam-macam lagi, well nama dah kotor, apa boleh buat. 

Hiburan Mon, 7 May 2018

Tak Dapat Serang Kakak, Instagram Adik Jadi Mangsa…

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Events Tue, 4 Dec 2018

Jom Makan Cendol PERCUMA Dengan Penyampai Kool FM Sabtu Ini

Wah, free cendol for everyone…Jom ke empat lokasi terpilih bermula Sabtu ini!

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Malam Berinai Izara Aishah Tema Bollywood

Malam berinai Izara Aishah tema bollywood meriah dan dikongsikan oleh Datuk Siti Nurhaliza sendiri di Instagram nya

Featured Tue, 1 Nov 2022
error: Content is protected !!