Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 27, 2025 @ 5:44pm

“Saya Tak Nak Orang Ambil Tahu Soal Rumah Tangga Saya” – Zizi Kirana

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi sebarang hal berkaitan kehidupan peribadi, termasuk hubungan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, urusan rumah tangga bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan bahan tontonan umum.

“Saya lebih selesa simpan hal rumah tangga untuk diri sendiri. Tak semua perkara perlu dikongsi, sebab bukan semuanya penting untuk orang tahu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengakui setiap hubungan ada pasang surut, Zizi menegaskan dia tidak mahu menambah sebarang spekulasi dengan membuat kenyataan terbuka.

“Saya tak nak cakap saya bahagia atau sebaliknya, sebab dalam rumah tangga mesti ada naik turunnya. Yang penting, kita jaga privasi masing-masing.

“Saya memang seorang yang menjaga hal peribadi. Saya tak mahu orang ambil tahu fasal rumah tangga saya,” katanya lagi.

Mengulas mengenai tindakan suaminya menyediakan kejutan sebaik pulang dari misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini, Zizi sekadar tersenyum dan memberi jawapan ringkas.

“Tiada kejutan apa pun… kejutan sebenarnya, saya dah balik,” ujarnya berseloroh.

Sebelum ini, Yusuf atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Bahrin, 33, mengakui merancang kejutan khas buat isterinya yang baru pulang daripada misi tersebut.

Pada Julai lalu, pasangan ini turut menjadi perhatian netizen selepas dikatakan tidak lagi saling mengikuti di media sosial, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

Sekadar info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021, selepas perkenalan mereka ketika sama-sama terlibat dalam rakaman program All Together Now Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Sep 2023
Hiburan Mon, 23 Jun 2025
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Drama Pilihan ASK 2019, Korang Tentukan Mulai 1 September Ini!

Selamat menonton drama pilihan calon pemenang ASK 2019 !

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

《比悲伤》首日开映票房破百万!导演林孝谦放话「带双豪来谢票」

《比悲伤更悲伤的故事》首日开映票房累积破百万令吉!导演林孝谦放话 “带刘以豪和张书豪来谢票!”

Featured Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Alunan Ayat Al-Quran Raja Atiq, Buat Semua Peminat Kagum

Siapa sebenarnya Raja Atiq, sehingga bacaan Al-Quran beliau begitu lunak sekali?

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Tahniah…Alif Satar, Isteri Dapat Anak Ketiga!

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Alif & Shad!

error: Content is protected !!