Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 27, 2025 @ 5:00pm

XTRA XSTAR 2025: Pertaruhan Lagu Paling ‘On Fire’, Dapatkah Finalis Mencuri Perhatian Juri & Penonton?

Program realiti nyanyian popular XTRA XSTAR 2025 kini semakin hampir ke penghujungnya sekali gus menandakan detik paling mendebarkan buat para finalis yang masih kekal berjuang.

Minggu ini menyaksikan pemilihan lagu yang menjadi taruhan utama setiap peserta untuk memikat hati juri serta penonton di rumah.

Dengan tema persembahan yang lebih mencabar, finalis bukan sahaja perlu menyerlahkan vokal, tetapi juga karisma dan penghayatan di atas pentas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Pertaruhan Lagu Paling ‘On Fire’

Setiap finalis tampil dengan pilihan lagu yang mencerminkan kekuatan dan identiti masing-masing.

Ada yang berani membawakan lagu balada penuh emosi, tidak kurang juga ada yang memilih lagu yang menuntut kawalan vokal dan stamina luar biasa.

Jom kita semak senarai pemilihan lagu kelima-lima finalis XTRA XSTAR 2025:

  1. Ledia De – Aina Abdul (Aina Abdul)
  2. Shaff Asran – Bintang (Budak Kaca Mata)
  3. Shatirah Amanda – Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
  4. Qal Daienish – Bukan Dia Tapi Aku (Judika)
  5. Alisya Sabrina – Putus Terpaksa (Ziana Zain)

Menjelang pentas akhir XTRA XSTAR 2025, kelima-lima finalis ini jelas memperlihatkan semangat dan keazaman tinggi untuk menyerlah.

Siapakah yang bakal bergelar juara dan dan bergelar artis rakaman Alternate Records & Talents? Semuanya bakal terjawab pada 31 Oktober ini!

Jangan ketinggalan menyaksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR 2025 pada Jumaat, 31 Oktober 2025, jam 8.30 malam, secara langsung di akaun TikTok rasmi @xtra_my.

Pemenang bukan sahaja akan meraih gelaran juara, tetapi turut membawa pulang kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents, selain peluang muncul di pelbagai platform Media Prima, termasuk wawancara dan liputan khas XTRA.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian @XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Trending Wed, 11 Sep 2019

Salam Takziah – Presiden Indonesia Ketiga, BJ Habibie Meninggal Dunia

Bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat,

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
LIFESTYLE Wed, 1 Aug 2018

Telur Dapat Membantu Mencantikkan Wajah

tahukah anda yang telur sebenarnya memiliki banyak untuk kecantikan dan kesihatan.

LIFESTYLE Tue, 15 Jan 2019

6 Kebaikan Jika Makan Rambutan Untuk Kesihatan

Rambutan Mempunyai Khasiat Penting Untuk Kecantikkan Luaran Dan Dalaman Anda

Hiburan Tue, 18 Feb 2025

“Bila Orang Tegur & Masih Kenal, Saya Segan..” – Malek Noor Selesa Hidup ‘Low Profile’

Datuk Malek Noor memilih untuk menjalani kehidupan secara sederhana.

error: Content is protected !!