Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 27, 2025 @ 9:16pm

Bukan Sekadar Karya Hiburan, Filem ‘Hayya 3: Gaza’ Bawa Misi Kemanusiaan

Filem Hayya 3: Gaza bukan sekadar karya hiburan, sebaliknya menjadi wadah perjuangan dan solidariti kemanusiaan apabila sebahagian hasil tayangan akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin yang kini berdepan penderitaan akibat konflik berlarutan di Gaza.

Diarahkan oleh Jastis Arimba, naskhah terbitan Warna Pictures dan 786 Productions ini diedarkan oleh Horizon Film Entertainment dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia, Malaysian Women’s Coalition For Al Quds And Palestine, Friends of Palestine dan Palestinian Cultural Organization.

Menariknya, filem ini turut membawa misi amal apabila 10 peratus kutipan tayangan akan disumbangkan kepada tabung bantuan Gaza, menjadikan setiap tiket bukan sekadar tontonan tetapi juga satu bentuk sumbangan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Menurut Jastis Arimba, Hayya 3: Gaza lahir daripada semangat perjuangan dan kesedaran terhadap penderitaan yang dialami masyarakat di bumi bergolak itu.

“Bagi saya, filem ini lebih daripada sekadar hiburan. Ia hasil kerja keras seluruh pasukan bagi menyuarakan perjuangan dan kebebasan buat saudara-saudara kita di Gaza,” katanya.

Pelakon dan pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi, yang turut memegang peranan utama serta bertindak sebagai penerbit eksekutif, berkata penyertaannya dalam projek ini merupakan sebahagian daripada misi kemanusiaan yang lebih luas.

“Melalui filem ini, kami ingin mengingatkan masyarakat agar tidak melupakan nasib rakyat Palestin. Bahkan, menonton filem ini juga sudah menjadi satu bentuk sedekah kerana sebahagian hasilnya akan disalurkan ke Gaza,” katanya.

Sementara itu, Asma Nadia, penulis skrip merangkap penerbit, berterima kasih atas sokongan penonton di Malaysia dan mengajak orang ramai menonton pada hari pertama tayangan bagi membantu perjuangan yang dibawa oleh filem ini.

“Kami berharap masyarakat Malaysia turun menonton pada hari pertama kerana jumlah penonton awal menentukan jangka hayat sesebuah filem. Hayya 3: Gaza bukan sekadar tontonan, tetapi tayangan yang penuh makna,” katanya.

Asma turut berkongsi kejayaan filem terdahulu apabila produksi Hayya 1 berjaya menyumbangkan sebanyak USD170,000 kepada rakyat Palestin menerusi tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan berharap edisi kali ini mampu memberi impak yang lebih besar.

“Keadaan di Gaza semakin meruncing. Filem ini adalah cara kecil kami untuk terus menyuarakan isu kemanusiaan serta mengajak masyarakat Malaysia dan Indonesia berganding tenaga dalam menghasilkan lebih banyak projek amal,” katanya lagi.

Penerbit eksekutif, Ustaz Erick Yusof, yang juga wakil Majelis Ulama Indonesia (MUI), menegaskan perjuangan rakyat Palestin merupakan tanggungjawab bersama umat Islam di seluruh dunia.

“Masalah Gaza bukan hanya masalah mereka, tetapi masalah kita semua. Filem ini mengajak kita bersatu hati dan menunjukkan solidariti dalam membantu mereka,” ujarnya.

Ustaz Erick turut menambah bahawa seni dan budaya boleh dijadikan ruang untuk membangkitkan kesedaran global.

“Melalui karya seni, kita mampu menyatukan hati dan memperkukuh semangat kemanusiaan. Semoga filem ini menjadi titik tolak kepada kerjasama lebih erat antara pembikin filem Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Filem Hayya 3: Gaza mengisahkan Abdullah Gaza, anak yatim yang kehilangan ayahnya ketika menjadi sukarelawan di Palestin. Gaza kemudian tinggal di rumah anak yatim dan bersahabat dengan Hayya, seorang gadis kecil Palestin. Namun, hubungan mereka diuji apabila rumah anak yatim itu berdepan ancaman keselamatan.

Barisan pelakon turut menampilkan Amna Shahab sebagai Hayya, Azamy Syauqi sebagai Gaza, Cut Syifa sebagai Rafah Shafira, Oki Setiana Dewi sebagai Ustazah Dewi, Adhin Abdul Hakim sebagai Adhin dan Fauzi Baadila sebagai Rahmat.

Filem Hayya 3: Gaza bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 Oktober 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Mar 2018

Haruan Makan Anak! Gadis OKU Mangsa Rogol Bapa Sendiri

Sebaik dihubungi pihak sekolah, kakaknya pulang ke rumah bagi memeriksa sebelum terkejut apabila melihat bapanya sedang merogol adiknya di dalam bilik mangsa.

Featured Fri, 12 Jun 2026

“Saya Pun Dah Terjebak, 2 Malam Tidur Lewat” – Dr Asyraf Wajdi Disamakan Dengan Watak Utama Drama Korea ‘Teach You A Lesson’

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut tidak melepaskan peluang mengikuti drama berkenaan selepas namanya beberapa kali dikaitkan oleh netizen

Trending Fri, 13 Nov 2020
Trending Fri, 6 Jul 2018

Yahoo! Chatime Selamatkan Pekerja Tealive

Chatime Malaysia telah menawarkan untuk menggaji semula pekerja yang ditamatkan serta-merta dimana Chatime teringat akan kesannya terhadap kehidupan perkerjaan dan pemilik kedai.

Trending Wed, 3 Jul 2019

“Kau Nak Tengok Ke Tak?”- Kisah Seram Youtuber Femes Jumpa Pocong, Hantu Hotel Dan Bunian

“kau nak tengok ke tak?” tanya lembaga tersebut sebelum menunjukkan mukanya berupa pocong berwarna hitam ke arahnya.

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Semua Salahku’- Keluarga Jadi Punca Pelakon Baru Ini Berdepan ‘Masalah’ Disiplin?

Masalah keluarga jadi sebab pelakon baru ini dikatakan memberontak..

Trending Sat, 17 Mar 2018

Maut Ketika Swafoto, Tertembak Atau Ditembak?

Sebaik kejadian itu berlaku, mangsa Vijay Singh yang bergambar dengan rakan dikenali sebagai Monu telah melarikan diri.

error: Content is protected !!