Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 29, 2025 @ 8:16pm

“Tak Habis-Habis Dengan Thailand Jin Sihir Dia” – Ira Kazar Berang Akaun Palsu Tak Henti Ganggu Hingga Jual Nombor Pengurus!

Anak kepada pelakon terkenal, Kazar Saisi, iaitu Ira Kazar, meluahkan rasa geram apabila mendakwa diganggu individu misteri di media sosial yang bukan saja menyamar, malah turut mengganggu pengikut serta rakan-rakannya.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ira berkata individu terbabit bertindak keterlaluan apabila berulang kali mencipta akaun baharu selepas disekat, selain menjual nombor telefon pengurusnya kepada orang lain.

“Minta jasa baik semua tolong report akaun ini. Saya dah block dia merata tapi dia tetap buat akaun baru. Semua pengikut saya dia kacau, nombor telefon pengurus saya dia jual merata,” tulisnya.

Lebih menjengkelkan, individu itu dikatakan kerap ‘menstalk’ profilnya setiap hari sebelum menyekat kembali akaun Ira, seolah-olah sengaja mahu mencari perhatian.

“Hari-hari stalk profile saya, lepas stalk saya dia block balik. Tak habis-habis dengan Thailand, jin, sihir dia. Lama-lama rasa ‘annoying’ sebab setiap hari ada kawan-kawan bagi tahu kena mention dengan dia,” luah Ira lagi.

Katanya, gangguan itu bukan hanya tertumpu kepada dirinya, malah mana-mana individu yang berinteraksi dengannya di media sosial turut terbabit.

“Bukan setakat pengikut saya dia kacau, dekat IG saya siapa yang ada dengan saya pun dia akan kacau juga,” katanya.

Ira turut memohon bantuan orang ramai untuk sama-sama melaporkan akaun berkenaan agar digantung oleh pihak TikTok.

“TikTok dia saya tak jumpa sebab dah kena block. Tolong sama-sama report sampai akaun dia kena suspend,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

Featured Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Wed, 8 May 2019

‘Nak Guna Gambar Tak Salah, Tapi…’- Azhan Rani Tegur Peniaga

Hah, dengar tu…kan Syed Hamadi dah mula bersuara!

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

GWYNETH PALTROW AND GLEE CREATOR ENGAGED

Gwyneth herself has admitted to being superb at being a mother among many other things. But, if there’s one thing that she’s highly vulnerable to is romantic relationships.

#ThrowbackXTRA Wed, 22 Nov 2023
Featured Thu, 13 Oct 2022

Anak Syurga Zarina Zainuddin Dicop Gila Di Wikipedia! Netizen Label Pelaku Busuk Hati & Minta Buat Laporan

Allahuakbar… kejamnya sampai macam tu sekali tulis 😥 Mana lah pergi letak akal tu!

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

国庆感受「冰」乐趣!全民同庆国庆及马来西亚日

为庆祝我国独立62周年,全球最大的连锁冰淇淋专卖店要让你在这两个月天天「揪团」吃冰淇淋!

Trending Wed, 16 Oct 2019

Jumlah Kematian Akibat Taufan Hagibis Meningkat 74 Orang

Moga-moga ramai yang dijumpai dengan selamat

error: Content is protected !!