Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 30, 2025 @ 1:20pm

Tiga Tahun Menanti, Keena Mentor Hamil Anak Pertama – “Saya Terpaksa Lupakan Hobi Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi”

Selepas hampir tiga tahun menantikan kehadiran zuriat, penyanyi dan bekas peserta realiti nyanyian, Keena Mentor akhirnya mengumumkan berita gembira apabila disahkan hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan suaminya, Noor Azam Zohari.

Keena atau nama lengkapnya, Suriana Abdul Wahab, 39, berkata, dia kini sedang hamil empat minggu dan dinasihatkan oleh doktor agar lebih berhati-hati memandangkan kandungannya masih di peringkat awal.

“Alhamdulillah, saya dan suami dapat berita gembira. Kami bakal timang anak pertama selepas tiga tahun menanti dikurniakan zuriat.

“Ini adalah khabar gembira buat kami dan saya sekarang memang tengah betul-betul menjaga kandungan dengan baik anak pertama,” katanya.

Perkara itu dikongsi Keena usai ditemui pada majlis Pelancaran GF Galau Mega Food Festival yang diadakan di Kuala Lumpur pada, Rabu.

Keena yang dijangka bersalin pada pertengahan tahun depan menganggap, kehamilan ini sebagai pembuka rezeki untuknya di tahun 2026, apatah lagi setelah melalui penantian yang panjang.

Malah, Keena juga terpaksa melupakan hobinya menunggang motosikal berkuasa tinggi demi kesihatan dan tumbesaran anak dalam kandungan.

“Tiga tahun bagi sesetengah orang mungkin tak lama, tapi bagi saya ia agak panjang.

“Kami pun berkahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi tak dapat adakan majlis besar.

“Demi kandungan, saya juga lupakan dulu hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi. Saya nak anak kami nanti sihat dan sempurna,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Keena berkata, dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilan namun, suaminya pula menunjukkan simptom ‘pelik’ kerana menyukai makanan dan pakaian klasik.

“Dia (Suami) tak ada alahan, tapi bila saya buat karakter klasik Cik Salmah untuk persembahan dalam festival makanan sebelum ini, nampaknya dia yang terkena simptom ibu hamil.

“Dia tiba-tiba suka makan benda klasik seperti ulam dan ubi kayu. Nak tengok saya berpakaian cantik, klasik macam Saloma, dengar lagu P. Ramlee je. Nak dengar lagu ‘Anak Dara Rindu’ lah…saya pun pelik.

“Tapi mungkin ini ‘baby girl’ sebab suami asyik nak saya nampak cantik.

“Budu dan cencaluk yang dulu saya suka, sekarang langsung tak lalu nak makan,” ujarnya.

 

Dalam perkembangan lain, Keena antara barisan artis yang bakal membuat persembahan di GF GALAU Food Festival (GFF) yang dianjurkan oleh Gold Field Holding Sdn. Bhd., bertempat di Setia Alam Convention Centre, Selangor.

Festival yang berlangsung selama lima hari bermula 27 hingga 31 Disember 2025 turut menampilkan barisan artis popular seperti Kristal, Ways, Exceed, Keena Mentor sendiri dan Arca Band.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Aug 2022

Didakwa Telah Bercerai, Ini Respons Pengurus Noh Salleh – “Tunggu Berita Daripada Kami”

Apapun, kita kena tunggu respons tuan empunya badan dulu. Kita doakan yang baik-baik je okay.

Trending Thu, 26 Nov 2020
Trending Mon, 26 Nov 2018

让用餐变成玩游戏「工程车餐具」让小朋友乖乖吃饭

许多父母或是很多陪孩子玩的人都知道,让小孩可以乖乖开口吃饭,绝对不是件容易的事;美国有个公司推出一款「工程车餐具」……

Trending Fri, 30 Apr 2021
LIFESTYLE Tue, 25 Dec 2018

Alamak! Bahana Guna Perkakas Dapur Berkarat

Periksa Perkakas Sebelum Masak, Sudip Berkarat Boleh Memudaratkan Kesihatan

Featured Fri, 3 Apr 2020
Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Kalau Tahu Manisnya Berkahwin, Dah Lama Saya Kahwin” – Tiga Bulan Jadi Isteri, Eyka Farhana Luah Rasa Syukur

Eyka Farhana kongsi rasa indah melayari bahtera perkahwinan dengan Akhyar Rashid

Featured Wed, 15 Sep 2021

Pelancong yang Ingin Bercuti Ke Langkawi, WAJIB Buat Swab Test!

Take note! Jangan tarik luggage je okay…

error: Content is protected !!