Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 30, 2025 @ 12:24pm

Angkat Semangat Belia Kreatif, Sidang Kemuncak Filem & TV ASEAN 2025 Siri 2 Perkukuh Kerjasama Serantau

Sidang Kemuncak ASEAN Film & TV Summit 2025 (Siri 2) melabuhkan tirai dengan kejayaan cemerlang selepas tiga hari penganjuran yang padat dengan sesi perbincangan, bengkel kreatif dan jaringan profesional melibatkan penerbit, pengarah, pengamal media serta belia dari seluruh ASEAN.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Matlamatnya adalah untuk memperkukuh kerjasama serantau, menggalakkan penerbitan bersama dan memperkenalkan Asia Tenggara sebagai hab industri kreatif bertaraf dunia.

Lebih 300 peserta dari sepuluh negara ASEAN menyertai sidang kemuncak ini, termasuk wakil industri dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Kemboja, Filipina dan Singapura. Antara topik utama yang dibincangkan dalam sesi panel dan bengkel termasuk Doing Co-Productions Across Borders, Digital Storytelling for Regional Impact serta Creative Freedom in ASEAN Storytelling.

Majlis Makan Malam Gala Meraikan Kolaborasi ASEAN

Majlis Makan Malam Gala yang berlangsung malam tadi menjadi acara kemuncak sidang berprestij itu dengan kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Nik Kamaruzaman Nik Husin; Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli; dan Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Dalam ucapannya, Teo Nie Ching menzahirkan penghargaan kepada FINAS, PTVM dan MBM atas inisiatif menganjurkan majlis makan malam gala sempena Sidang Kemuncak ASEAN Film & TV Summit 2.0.

“Acara ini bukan sekadar meraikan kreativiti, tetapi juga mengiktiraf kekuatan budaya dan semangat perpaduan ASEAN yang mampu menyatukan masyarakat melalui seni dan karya kreatif.

“Sidang kali ini memberi tumpuan kepada penyertaan bakat muda dan penggiat televisyen di seluruh rantau ASEAN. Saya turut mengalu-alukan penyertaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN yang ke-11, sekali gus menyeru agar semua pihak terus bekerjasama membangunkan industri kreatif ASEAN yang progresif dan berdaya saing di peringkat global.

“Marilah kita terus berganding bahu membina industri kreatif ASEAN yang bersatu dan mampu bersaing di pentas dunia.

“Semoga Sidang Kemuncak ASEAN Film & TV Summit ini menjadi permulaan era baharu kolaborasi dan kreativiti kerana apabila ASEAN bersatu, kreativiti tanpa sempadan,” katanya.

Anugerah, Deklarasi dan MoU

Majlis gala turut menampilkan tiga acara utama, termasuk pertukaran memorandum persefahaman (MoU) penerbitan bersama antarabangsa antara syarikat produksi ASEAN, penyampaian anugerah MBM Film Lab dan pertandingan TikTok, serta pengiktirafan kepada penyertaan pitching terbaik oleh bakat muda kreatif.

Selain itu, Deklarasi Belia Kreatif ASEAN turut dibacakan sebagai simbol komitmen bersama generasi muda rantau ini terhadap integriti kreatif, keterangkuman dan kepelbagaian budaya.

Kerjasama TikTok dan FINAS Sokong Belia Kreatif MADANI

Sidang kemuncak ini turut menyaksikan pengumuman kerjasama antara TikTok Malaysia, FINAS dan Belia Kreatif MADANI dalam usaha memperkasakan penceritaan digital dan ekspresi kreatif belia di seluruh ASEAN.

Melalui inisiatif ini, TikTok menyalurkan kredit iklan bernilai USD20,000 kepada akaun rasmi TikTok FINAS bagi memperluas capaian kandungan promosi filem, kempen budaya ASEAN dan projek kreatif belia.

Kerjasama tersebut mencerminkan komitmen TikTok dalam menyokong komuniti kreatif melalui inovasi digital serta memperkenalkan kandungan Malaysia dan ASEAN kepada penonton global.

Sidang kemuncak ini berakhir dengan lawatan industri ke FINAS, RTM dan Astro yang memberi peluang kepada para delegasi meninjau ekosistem penyiaran dan produksi di Malaysia.

Penganjuran ASEAN Film & TV Summit 2025 (Siri 2) membuktikan peranan aktif Malaysia sebagai peneraju kerjasama kreatif serantau dan pemangkin kepada perpaduan ASEAN ke arah kecemerlangan industri kreatif global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Kahwin Dengan Afieq Shazwan? Nanti Dulu Lah…

Wani memberitahu Afieq ada merancang untuk datang ke Jakarta bagi menyaksikan persembahannya di pentas DAA 4, sebelum ini.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Kena Kecam Netizen? Saya Tak Kisah’- Reen Rahim

Pelakon yang terkenal dengan watak Kak Su dalam Pujaan Hati Kanda ini memberitahu lebih selesa menjadi diri sendiri. 

Trending Sat, 29 Dec 2018

Pengantin Halau Tetamu Yang Bawa Kanak-Kanak Ke Majlis Perkahwinan

Dah Pesan Jangan Bawa Anak Datang, Pengantin Halau Tetamu Yang Bawa Kanak-Kanak Ke Majlis Perkahwinan

Contest Tue, 4 Dec 2018

#xtra好康头 | 送你新传媒2019年《游戏场》月历

送你新传媒2019年《游戏场》月历,让新传媒艺人陪你一整年!

Featured Thu, 30 Mar 2023
Trending Thu, 22 Feb 2018

年假结束心已死?人生达成「15件小事」越活越快乐

耍废时光总是过得特别快,一想到年后即将面临的各种生活挑战,不禁悲从中来!别太低落了,时时保持乐观心态,你会更快乐!

error: Content is protected !!