Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 1, 2025 @ 1:08am

XTRA XSTAR 2025: Lagu Aina Abdul Bawa Tuah, Ledia De Juara XTRA XSTAR Musim Ke-2

Persembahan penuh emosi dengan lagu medley Aina Abdul membawa tuah buat Ledia De, apabila diumumkan sebagai Juara XTRA XSTAR musim ke-2 yang berlangsung penuh meriah baru-baru ini menerusi siaran secara langsung di TikTok rasmi portal Xtra.

Kata Ledia atau nama lengkapnya, Ledia De Fadilla Abdullah, 23, meskipun diumumkan sebagai juara pada Sabtu lalu, namun dia masih tidak percaya akan kemenangannya itu.

Tambahnya, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang, sebaliknya hanya ingin memberikan persembahan terbaik dan menikmati pengalaman berada di pentas akhir.

“Perasaan Ledia setelah dinobatkan sebagai Juara Xtra Xstar 2025 adalah terkejut, perasaan yang tak sangka dan masih dalam keadaan ‘disbelief ‘ sampai sekarang. Tapi alhamdulillah, Ledia sangat bersyukur sebab the hardwork has been paid off.

“Nak cakap confident tu, semestinya tidak. Jujurnya, matlamat saya cuma nak sampai ke top 5 dan lakukan yang terbaik sahaja. Menang atau kalah, kita letak belakang. Ledia cuma nak do the best as if this is my last performance,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Menariknya, pemilihan lagu Aina Abdul menjadi titik kekuatan persembahannya.

Menurut Ledia, lagu tersebut bukan sahaja mencabar dari segi teknik vokal, malah sarat dengan emosi yang mampu menyentuh hati pendengar.

Selain lagu Aina Abdul, antara lagu lain yang pernah dinyanyikan Ledia sepanjang pertandingan termasuk Oscar Winning Tears (Raye), Feeling Good (Michael Bublé), dan Matahariku (Agnez Mo).

“List lagu, banyakkk . tapi kebanyakannya lagu english, seperti Oscar Winning Tears by Raye dan Feeling Good by Michael Buble.

“Untuk lagu Melayu pun ada beberapa juga, seperti ( Jangan Mati Rasa Itu by Aina Abdul & Matahariku by Agnez Mo),” jelasnya.

“Secara jujurnya, salah satu sebab saya finalize untuk pilih lagu Aina Abdul by Aina Abdul adalah kerana teknik teknik yang ada didalam lagu tersebut. Struggle tapi alhamdulillah with practice, Ledia berjaya bawa lagu tu di Final.

“Bukan tu sahaja,  setiap bait lirik pun ada maknanya, lebih mendalam dekat bahagian medley ketiga iaitu lagu Sepi. Lagu Aina Abdul ni juga saya selalu bawa ketika join competition karaoke, ataupun pertandingan di tiktok live ataupun livestream app. Alhamdulillah, positif comment,” kongisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Ketika disoal mengenai finalis lain, Ledia menganggap rakan-rakannya itu bukanlah sebagai pesaing tetapi sebagai sumber inspirasinya sekali gus menyifatkan dua finalis lain, Shaff Asran dan Alisya Sabrinaa, sebagai pencabar hebat yang memberikan semangat buatnya untuk terus berusaha.

“Pencabar utama saya untuk Xtra Xstar ialah Shaff Asran dan Alisya Sabrinaa. Kenapa? Dua finalis ini mempunyai bakat yang tersendiri. Shaff Asran membuktikan bahawa umur bukan penghalang untuk terus mengejar impian yang diingini. Alisya juga membuktikan bahawa, walaupun dia hanya ‘music student’  yang mahir dalam bermain alat musik, tapi itu bukanlah satu halangan untuk Alisya terus mengembangkan bakatnya di dalam bakat nyanyian.

“Saya melihat keempat finalis sebagai satu sumber inspirasi bukan satu ancaman. Saya juga menganggap persaingan ini sebagai sesuatu yang sihat, kerana ia mendorong saya untuk belajar, berlatih dan mencipta identiti vokal saya sendiri.

“Saya percaya kelebihan saya terletak kepada keyakinan diri dan kesungguhan saya dalam memberi yang terbaik semasa persembahan.

“Bukan itu sahaja, saya percaya sebagai seorang juara, bukan hanya perlu nyanyi dengan baik, tetapi juga mampu untuk menyentuh hati orang yang mendengar. Saya juga percaya yang saya mempunyai gaya nyanyian tersendiri yang membezakan saya dengan finalis yang lain,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Anak kelahiran Sabah ini juga turut mendedikasikan kemenangannya buat keluarga tercinta, terutama ibunya yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang perjuangannya dalam industri seni.

“Mak saya yang uruskan segalanya. Dari pakaian, showmanship sampai nasihat.

“Tanpa doa dan sokongan mak serta keluarga, saya takkan sampai ke tahap ini.

“Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan khas untuk ‘backbone’ Ledia yang sentiasa ada dekat sisi Ledia dalam setiap langkah. Terima kasih kerana telah menjadi penguat semangat walaupun kadang saya ragu dengan diri sendiri.

“Kejayaan yang saya raih ni semua kerana doa, sokongan dan kata kata semangat yang diberi. Jadi, terima kasih kerana menjadi sebab saya masih berdiri kuat sehingga hari ini.

“Buat rakan finalis yang lain, korang semua hebat belaka. Kita datang sini sama sama, kita sama sama menang. Kita dapat belajar something new between each other, dan yang paling penting, the friendship that we created adalah sesuatu yang Ledia akan cherish sampai bila bila,” ujarnya sebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Sekadar info, pemenang XTRA XSTAR 2025 akan menandatangani kontrak dan pengurusan eksklusif bersama syarikat rakaman Alternate Records & Talents.

Selain itu, juara juga berpeluang muncul di pelbagai platform Media Prima, termasuk wawancara dan liputan khas XTRA.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian @XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Bawa Semangat ‘Balas Baik’, Nabila Razali Turun Padang Jumpa Pelajar Sekolah

Lawatan Nabila Razali menjadi suntikan motivasi buat pelajar yang baru memulakan rutin persekolahan bagi tahun akademik baharu.

Trending Mon, 9 Dec 2019

Suruh Pesakit HIV ‘Stop’ Ubat, Dr Amalina Bersuara

Dr Amalina Persoal Gelaran ‘Doktor’ Individu

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Lufya Siap Sedia Buat ‘Come Back’

Maklum saja sudah dua tahun saya tidak berlakon dalam mana-mana drama kerana banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak.

Trending Fri, 29 Oct 2021

“Dapat Tersenarai Pun Saya Sangat Bersyukur” – Baru Bertapak Dalam Industri Hiburan, Aliff Iskandar Tercalon Top 5 ABPBH 34

Penyanyi dan komposer muda, Aliff Iskandar bersyukur kerana namanya lolos calon Top 5 Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34). Menurut artis naungan Indigital Music ini, dia tidak menyangka namanya […]

Trending Tue, 28 Jul 2020
Featured Thu, 28 Jul 2022

Ludah Bekas PA, Mak Wan Latah Dihadapkan ke Mahkamah

Mak Wan didakwa sengaja meludah untuk membangkitkan kemarahan bekas pembantu peribadi

Events Tue, 27 May 2025

“Sebenarnya Bukan Saya Seronok Bercerai, Ayat Itu Keluar Secara Spontan” – Nora Ariffin

Nora menafikan kenyataan tersebut yang dianggapnya sebagai spontan.

Trending Fri, 22 Mar 2024

Raya Jadi Lebih Riang & Selesa Bersama Bata, Dengan Pilihan Lebih 300 Pilihan Design!

Bila sebut pasal shopping raya ni, mesti korang dah tak sabar nak buat persiapan. Bukan apa, kalau dah ada baju, tudung, mestilah kena ada beg dan kasut juga. Barulah lengkap kan! Kasut dan beg ni […]

error: Content is protected !!