Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 2, 2025 @ 2:13pm

“Segala Buruk Yang Jadi Salahkan Diri Saya, Jangan Salahkan Majlis Ilmu” – Betty Rahmad

Pelakon, Betty Rahmad berkongsi pandangan menyentuh hati apabila menyifatkan kehadiran ke majlis ilmu sebagai satu bentuk ‘servis’ untuk memperbaiki diri dan menyegarkan kembali iman.

Menurut Betty atau nama lengkapnya, Norsha Rahmad Ali, 44, majlis ilmu berperanan penting dalam membantu seseorang kembali ke landasan yang betul apabila hati mula tersasar daripada jalan kebaikan.

“Majlis ilmu ini ibarat ‘service center’ bagi saya. Alignment tayar lari, tukar minyak hitam, servis aircond. Macam tu lah iman kita.

“Bukan pergi sebab diri baik, tapi sebab nak cuba jadi baik. Nak belajar ilmu yang boleh jadi bekal bila mati nanti. Bila rasa nak tersasar, hadir majlis ilmu, Allah tarik balik ‘back on track’,” katanya menerusi perkongsian di platform Threads.

Tambah Betty, apabila sesuatu yang buruk berlaku, dia memilih untuk menyalahkan diri sendiri atas kekhilafan yang dilakukan, bukan menyalahkan majlis ilmu yang penuh keberkatan.

“Segala yang buruk jadi, salahkan diri saya yang sentiasa buat dosa, jangan salahkan majlis ilmu yang indah dipenuhi para malaikat. Cuba pergi tau,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, nama Betty menjadi tumpuan ramai selepas menganjurkan ‘Bachelorette Usrah’ untuk penyanyi Amira Othman, yang turut mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Artikel Berkaitan: “Sejak Buat ‘Bachelorette Usrah’, Hidup Saya Bawah Pemerhatian… Cakap Apa Pun Salah” – Betty Rahmad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Jun 2023
Trending Mon, 8 Apr 2019

代吃代喝代玩乐……中国惊现崭新行业!

继「代购」之后,中国近来还兴起另一种新行业:代喝代吃!

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Pilih Tak Penuhi Jemputan Rumah Terbuka, Azza Elite Bimbang Reaksi Orang Terhadap Anak Autisme

Azza Elite bimbang kehadiran anaknya, Adam yang autisme boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada tuan rumah dan tetamu lain.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Trending Sat, 12 Dec 2020
Featured Fri, 25 Nov 2022
Hiburan Thu, 5 Mar 2026

Nedim Nazri Tak Boleh Berdiam Diri Bila Nora Danish Dikecam – “Selagi Dia Belum Kahwin, Saya Akan Lindungi Habis-Habisan”

Walaupun hubungan mereka sudah berakhir, dia tetap akan mempertahankan dan melindungi Nora

Featured Wed, 16 Jul 2025
error: Content is protected !!