Euforia Bola 2026
Trending By: Afiq Kandi November 4, 2025 @ 3:06pm

Hafiz Suip Cipta ‘Malam Magis’, Peminat Terpukau Hadiri Konsert Di Sebalik Aku

Mega Star Arena, Bukit Bintang bertukar menjadi lautan emosi dan sorakan apabila penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip menggegarkan pentas dengan konsert solo yang dinanti ramai, “Di Sebalik Aku: Hafiz Suip”.

Lebih 3,500 peminat membanjiri dewan bagi menyaksikan malam penuh makna yang bukan sekadar persembahan muzik, tetapi turut menjadi perjalanan reflektif 16 tahun karier seni Hafiz, disulami kenangan, pengorbanan serta kasih peminat yang tidak pernah pudar.

Sejak lampu dewan dipadam dan muzik pertama bergema, suasana terus berubah menjadi magis. Visual menakjubkan, pencahayaan memukau dan susunan muzik mantap arahan Aubrey Suwito menjadikan setiap persembahan seolah-olah babak daripada kisah kehidupan Hafiz sendiri.

Penonton turut larut dalam alunan lagu-lagu hits seperti Bahagiamu Deritaku, Awan Nano, Ombak Rindu, Ku Akui, Matahari dan banyak lagi, semuanya dipersembahkan dengan vokal padu dan emosi yang menyentuh jiwa.

Malam istimewa itu turut diserikan dengan dua penampilan khas, Adira Suhaimi dan Umairah yang menambahkan kehangatan dan warna pada persembahan berkenaan.

Namun, antara detik paling mencuri perhatian ialah apabila Hafiz tampil berduet bersama Sufi Rashid, yang juga Pengarah Urusan SAH Entertainment.

Duet penuh emosi itu bukan sekadar memukau, malah menzahirkan keakraban dan rasa hormat antara dua insan seni yang saling menghargai perjalanan masing-masing.

“Saya amat terharu dengan sokongan peminat. Setiap sorakan dan nyanyian mereka memberikan tenaga luar biasa. Malam ini benar-benar menjadi antara detik paling bermakna dalam hidup saya,” kata Hafiz dengan penuh syukur.

Selain persembahan yang memukau, konsert ini turut menerima pujian atas sistem audio berkualiti tinggi, susunan tempat duduk yang selesa serta suasana mesra keluarga, menjadikannya pengalaman premium untuk semua lapisan usia.

Dianjurkan oleh SAH Entertainment, konsert ini turut mendapat tajaan daripada Bienz, Solustra Perfum dan Finura, serta menerima maklum balas positif daripada penonton yang memuji penganjuran tersusun dan sarat nilai seni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Aug 2021

Kes Gangguan Seksual: Pendakwah Popular Diminta Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan

Seorang pendakwah popular berusia dalam lingkungan 30-an akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi memberikan keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual. Menurut sumber, difahamkan pendakwah terbabit telah diminta hadir pada hari ini. […]

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Gigih Buat Cover Lagu, Kelly Azman Sangkal Dakwaan Jahanamkan Karya Penyanyi Popular – “Tunggu, Ada 14 Lagu Lagi”

Kelly Azman menyangkal dakwaan dirinya sengaja merosakkan karya anak seni lain apabila sering menyanyikan semula atau melakukan ‘cover’ terhadap lagu-lagu popular tempatan.

Trending Wed, 25 Nov 2020
Featured Sun, 17 Apr 2022

“Lagu Ini Ada Kaitan Dengan Kisah Peribadi Saya” – Hael Husaini Harap Single Sama Seperti Dulu Diterima Peminat

Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh penyanyi popular Malaysia, Hael Husaini.  Walaupun baharu sahaja empat bulan single ‘Kelentang Kelentong’ ciptaannya bersama rakan komposer, Ezra Kong dilancarkan, dengan lebih dari 6.4 juta tontonan di YouTube, beliau […]

Trending Tue, 9 Dec 2025

TV Tuisyen Dilancarkan Secara Rasmi, Platform Pembelajaran Baharu Saksikan Penglibatan Guru Selebriti

TV Tuisyen mula ditawarkan kepada pengguna bermula 1 Oktober 2025.

error: Content is protected !!