Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 5, 2025 @ 11:41am

Ernie Zakri Angkat Pop Moden Berunsur Funky, Single ‘Dansa’ Tampil Mesej Positif

Penyanyi bersuara lunak dan bertenaga, Ernie Zakri, kembali dengan buah tangan terbaharunya berjudul Dansa, hasil ciptaan bersama Ernie Zakri dan John Jeeves, yang turut bertindak sebagai penerbit lagu.

Menampilkan sentuhan pop moden berunsur funky, ‘Dansa’ memperlihatkan sisi baharu Ernie dalam bereksperimen dengan gaya muzik yang lebih segar dan bertenaga, sekali gus menyampaikan mesej positif agar pendengar terus meraikan kehidupan walaupun berdepan tekanan dan kesedihan.

Menurut Ernie, lagu ini tercetus daripada keinginannya untuk menyuntik semangat kepada orang ramai agar tidak terus dibelenggu perasaan gusar dalam menjalani kehidupan seharian.

“Emosi yang ingin saya sampaikan adalah bahawa kita boleh ‘menari jauh’ daripada segala kerisauan.

“Dalam hidup, kadangkala kita terlalu dibebani tekanan sehingga lupa untuk menikmati dan menghargai apa yang ada di hadapan mata,” katanya.

Ernie turut mengakui proses penulisan bersama John Jeeves berjalan dengan lancar memandangkan keserasian dan kefahaman kreatif yang tinggi antara mereka.

“Bekerjasama dengan John sememangnya menyenangkan. Idea kami mengalir dengan baik dan penulisan lirik juga siap dalam tempoh singkat kerana saya tahu hala tuju lagu ini.

“Saya berharap Dansa dapat membantu pendengar melupakan kesedihan dan menikmati setiap detik kehidupan,” jelasnya.

Menerusi single ini juga, Ernie tampil dengan lebih berani apabila meneroka gaya muzik yang moden namun masih mengekalkan identiti pop yang menjadi kekuatannya.

“Walaupun Dansa berteraskan genre pop, pendekatannya lebih funky dan kontemporari. Saya juga merancang untuk menyertakan lagu ini dalam album Sahabat bagi menambah variasi konsep yang boleh dinikmati semua lapisan pendengar,” kongsinya.

Dengan kekuatan vokal tersendiri, mesej positif serta susunan muzik yang dinamik, Dansa dijangka menjadi antara karya penting dalam perjalanan seni Ernie Zakri, sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai salah seorang penyanyi wanita terkemuka tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Tue, 9 Apr 2019
Trending Sun, 9 Sep 2018

Video Kononnya Kanak-Kanak Ditinggalkan Dalam Kereta

Pengguna Facebook telah memuat naik video menjumpai sebuah kereta model Alza dengan dua orang kanak-kanak didalamnya yang masing-masing tidak berbaju.  Individu tersebut mendakwa kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan orang tuanya di kawasan perindustrian di Lembah Klang. […]

Featured Mon, 10 Jun 2019
Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Mark Adam Benar-benar Menyesal Dan Minta Maaf

Lagi kes body shaming, kali ini giliran Mark Adam pula tampil mohon maaf!

Events Wed, 21 Dec 2022

Hadir Bertemu Peminat Untuk Promosi Korea, Lee Jae Wook Puji Keindahan Landskap & Alam Semula Jadi Malaysia!

Pelakon Korea terkenal, Lee Jae Wook datang ke Malaysia bagi menghadiri sesi bertemu peminat bagi program ‘Annyeong Kawan with Lee Jae Wook’, semalam. Menerusi sidang media yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya, 1 […]

error: Content is protected !!