Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 5, 2025 @ 2:08pm

“Mungkin Saya Tak Penting Untuk Awak…” – Nabila Huda Luah Rasa Luka Terkilan, Didakwa Berkait Hubungan Darah Daging?

Pelakon terkenal, Nabila Huda menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila berkongsi luahan hati penuh emosi di Instagram (IG), dipercayai ditujukan kepada individu rapat dengannya.

Dalam hantaran tersebut, anak kepada penyanyi rock legenda Datuk Amy Search itu mempersoalkan bagaimana seseorang sanggup hidup seolah-olah tiada apa yang perlu diperbaiki, walaupun hubungan darah daging sendiri sedang retak.

“Macam mana boleh hidup setiap hari tanpa cuba betulkan apa yang rosak dengan darah daging sendiri? Hidup macam tiada apa-apa yang hilang, langsung tiada usaha.

“Macam mana boleh tidur lena setiap malam tanpa memikirkan semua ini? Dan yang paling menyedihkan, mungkin saya sebenarnya tak penting pun untuk awak,” tulisnya.

Nabila turut berkongsi kapsyen pendek ‘woke up feeling heavy this morning’, menggambarkan beban perasaan yang dipikulnya.

Perkongsian berkenaan menarik perhatian ramai dibanjiri komen peminat dan rakan artis menitipkan kata-kata semangat agar Nabila terus kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.

Ada juga yang menyatakan rasa simpati terhadap aktres filem Telaga Suriram ini, selain berharap hubungan yang dimaksudkan dapat dipulihkan semula suatu hari nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Nov 2023

Anggun Mengenakan Busana Merah Hati, Rossa Sera Akhirnya Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Tahniah! Moga pilihan hati kali ini kekal hingga ke syurga❤️❤️

Featured Fri, 30 Dec 2022

Lucu! Bonda Rozita Terkejut Dapat ‘Gift’ Di TikTok – “Sudah… Jangan Bagi!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda di laman Instagram yang memaparkan dia dan anak, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedang membuat sesi live di aplikasi TikTok. Menerusi […]

Hiburan Sat, 3 Feb 2024
Featured Thu, 10 Nov 2022

Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Oh no my baby boo Jekfer.. Agak agak kenapa Hun Haqeem tak pegang watak Jekfer dalam drama Kampung People musim ketiga ek?

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Hafiz Suip Persiapkan Diri, Hadir Dengan Kejutan Figura Legenda!

Hafiz Suip tampil individu legenda dalam persembahan Terus Bersinar AJL39

Trending Wed, 8 Apr 2020
error: Content is protected !!