Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 7, 2025 @ 4:26pm

Fasha Sandha Tepis Dakwaan Berhijab Punca Job Makin Kurang  – “Sebenarnya Imej Tidak Mendatangkan Kesan”

Pelakon versatile, Fasha Sandha menegaskan perubahan imejnya yang kini berhijab bukan menjadi punca dia kurang menerima tawaran berlakon seperti didakwa sesetengah pihak.

Kata Fasha ketika ditemui XTRA, setiap rezeki yang diterimanya datang daripada Allah SWT dan bukannya disebabkan penampilan mahupun imej yang dibawa.

Malah, rezekinya semakin murah selepas berhijab dan dia kini lebih berhati-hati dalam memilih projek bersesuaian dengan masa serta komitmen kerja.

“Ya Allah serius, banyak kali saya rasa saya letak dekat instagram story kalau anda perasaan… bukanlah nak meninggi diri ke apa, sebenarnya imej apa pun tidak mendatangkan kesan.

“Saya tak kata saya, tak nak komen bab-bab berhijab ni, sebab saya pun bukan bagus dan saya pun tidak pernah beri apa-apa komen tentang saya berhijab.

“Tapi kalau bab tawaran kerja atau job itu saya harus betulkan. Bukan nak meninggi diri, tapi alhamdulillah… sebelum saya buat job Akasia ni, saya dah tolak tiga tawaran. Iaitu dua filem dan satu lagi drama 60 episod.Sebab apa, sebab saya nak fokus pada satu job yang saya rasakan berat,” katanya.

Tambah Fasha, sejak berhijab, bukan sahaja tawaran lakonan semakin banyak, malah dia turut menerima pelawaan menjadi duta beberapa jenama disebabkan penampilan barunya itu.

“Kalau ada yang berpendapat tawaran drama kurang sebab berpenampilan baru, itu saya harus betulkan. Sebab rezeki Allah Taala yang bagi. Rezeki sangat-sangat murah.

“Ada juga yang panggil saya buat duta sebab penampilan saya yang baru, alhamdulillah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha bakal muncul dengan drama terbaharunya bersama TV3 berjudul, Doa Yang Terlindung yang akan disiarkan di slot Akasia.

Selain Fasha, antaran barisan pelakon hebat lain adalah, Firdaus Karim, Sharifah Rose dan Nafiz Muaz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Sep 2019
Events Mon, 12 Aug 2024

Konsert Cipta Sang Genius M.Nasir Bikin Goosebump! PMX Terkesan Ketika Lagu Tribute Perjuangan Rakyat Palestin Didendangkan

Siapa hadir masa konsert Datuk M.Nasir memang tahulah lah penangan dia macam mana💯❤️🔥

Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Terbaik! One Republic Pukau 10,000 Penonton Di Stadium Merdeka

Pada konsert tersebut, One Republic turut menyampaikan lagu Wake Me Up sebagai tribut kepada DJ terkenal Avicii yang meninggal dunia pada 20 April lalu.

Hiburan Tue, 3 Jul 2018
Featured Mon, 7 Mar 2022

“Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Tahniah buat Marsha, Akim dan Stacy atas kejayaan manis ini! #NaibJuaraAJL36 🥳

error: Content is protected !!